18
Sun, Aug
20 Artikel Baru

PRK: Peneroka tolak calon PH

Berita
Typography

CAMERON HIGHLANDS: Kesukaran Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands turut dirasai masyarakat peneroka.

Abd Aziz DaimSeorang peneroka di Felda Sungai Koyan Satu Abd Aziz Daim, 65, berkata beliau menolak calon PH kerana kemenangan gabungan parti itu tidak memberi manfaat kepada peneroka.

Katanya, setelah lapan bulan PH menguasai kerajaan persekutuan namun gagal mengotakan janji pada kempen Pilihan Raya Umum ke-14 terutamanya menghapuskan hutang peneroka.

“Malah beberapa tindakan yang dibuat kerajaan PH menyebabkan kerajaan China yang merupakan pengimpot terbesar minyak sawit Malaysia tidak lagi mengimpot minyak sawit Malaysia.

“Ini menyebabkan harga sawit jatuh dan merugikan peneroka sehingga menjejaskan kehidupan seharian,” katanya di sini.

Fatimah Mahmud 75, juga dari Felda Sungai Koyan 1 juga berkata, di bawah kerajaan sekarang peneroka kehilangan 50 peratus pendapatan kerana kejatuhan harga komoditi itu.

PRK Cameron Highlands 26 Januari ini menyaksikan pertandingan empat penjuru. Ramli Mohd Nor mewakili BN, M Manogaran (DAP–PH), manakala Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee sebagai calon Bebas. - HARAKAHDAILY 14/1/2019