Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Adab bermajlis: Dilarang menunjuk-nunjuk dan bermegah

Fikrah
Typography

ANDAINYA seseorang itu berhasrat menjadi anggota masyarakat yang dihormati, hendaklah berusaha dengan cermat dan berhemat untuk menghindari tingkah laku yang tidak sopan dan tidak disenangi. Satu dari perangai yang tidak disenangi; ialah berbangga dengan kehebatan pakaian yang dipakainya, dengan sering menatap dan merenungnya.

Perbuatan tersebut dalam majlis seolah-olah sedang memperaga pakaian, sedangkan majlis itu perlukan perhatian serius. Sering memandang pakaian sendiri selain tidak menyenangkan mereka yang semajlis, juga menyebabkan dia hilang tumpuan kepada majlis tersebut. Dengan itu dirinya dianggap tidak menghormati majlis tesebut.

member login