Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Majlis Pecah Tanah Kompleks Pendidikan Ibnu Aqil

Fikrah
Typography

(Teks transkrip penuh dari ucapan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia merangkap Presiden PAS pada Perasmian Majlis Pecah Tanah Kompleks Pendidikan Ibnu Aqil, 29 Januari 2018 di Kampung Kubang Siput, Jalan Kodiang-Pauh, Arau yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)


.....Melainkan tiga perkara yang berterusan pahala dan kebajikannya. Yang pertama sedekah yang kebaikannya berjalan berpanjangan. Yang kedua ilmu yang diambil manfaat. Dan ketiga anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

Mudah-mudahan kita mendapat fadhilat kelebihan daripada perkara yang disebut oleh Allah dalam Quran, dan Hadis-hadis tadi. Apalagi majlis kita pada hari ini untuk melancarkan agenda ilmu, perkara ilmu, ilmu agama. Perkara yang pertama ditetapkan oleh Allah S.W.T setelah menjadikan Nabi Adam A.S:

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا

Dan Allah mengajar nama-nama semuanya (apa yang tidak diketahui oleh malaikat).

(al-Baqarah: 31)

Allah memilih ayat-ayat pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W ialah:


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

Hingga ayat-ayat yang berikut.

Bacalah dengan nama tuhan yang telah menjadikan kamu.

(al-Alaq: 1)

Supaya ilmu agama..... juga menjadikan roh dan akalnya dan membina sahsiah, jati diri peribadi manusia dengan ilmu yang diletakkan acuannya oleh Allah S.W.T. Adalah menjadi hikmat yang besar Allah memilih Nabi akhir zaman Muhammad S.A.W di bumi Makkah yang disebut:

وَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ

Lembah yang tidak ada tanaman (tidak ada air).

(Surah Ibrahim: 37)

Yang tak sanggup didiami oleh binatang buas kerana tidak ada air, tidak ada tumbuhan, tidak ada makanan. Mengapa Allah tidak memilih Malaysia, tak pilih Jepun, tak pilih Amerika, tak pilih Eropah, tak pilih negeri-negeri yang subur, yang ada air banyak, yang ada hasil bumi?

member login