Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Jaminan Islam terhadap semua agama

Fikrah
Typography

 (Teks transkrip penuh dari ucapan Presiden PAS pada Dialog Presiden PAS bersama NGO India, 4 Februari 2018 di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

Islam adalah ad-Din

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

(Maksudnya) Dan kalau sekiranya Allah tidak mengizinkan perlawanan di antara benar dan salah, nescaya dibinasakanlah rumah-rumah ibadat, (gereja-gereja, biara-biara, kuil-kuil) dan masjid-masjid yang disebut di dalamnya nama Allah. Dengan sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong-Nya, dan Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

(al-Hajj: 40)

Menjadi masalah besar kepada Parti Islam Se-Malaysia PAS apabila parti ini menyatakan Islam, banyak orang tidak faham perbezaan di antara Islam dan agama. Islam adalah ad-Din bukan sekadar religion, bukan sekadar idealogi dan teori. Semua perkara yang berkait dengan religion, agama ada dalam Islam. Perkara politik, ekonomi, pendidikan, idealogi dan teori ada dalam Islam. Islam mengandungi segala aspek.

Banyak kalangan kita termasuk orang Islam sendiri terpengaruh dengan takrif religion, takrif agama mengikut fahaman Barat yang menjajah kita menyebabkan Islam dikelirukan. Bila PAS menyatakan perjuangan politiknya, maka kita mendapat banyak kekeliruan kepada semua pihak. Di sana banyak berbeza di antara Quran dan kitab-kitab agama lain. Antaranya ialah kitab Injil, Bible yang disanjung oleh orang-orang Barat.

member login