13 Februari 2015: Hijau.FM dan Hari Radio Sedunia

SHUHAIMI EMBONG | .

TANGGAL 13 Februari, 2015 adalah Hari Radio Sedunia. Hari Radio Sedunia disambut bertujuan untuk  meningkatkan kesedaran pentingnya radio, sekaligus memperingati lahirnya radio serta perkembangannya yang bertahan di tengah kepesatan perkembangan transformasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini.  

Sejak siaran pertama ke udara lebih dari 100 tahun yang lalu, radio telah terbukti menjadi sumber informasi yang kuat untuk memobilisasi perubahan sosial kehidupan masyarakat. Dalam era digital, radio terus menjadi relevan, karena orang ramai mendengar melalui komputer, radio satelit dan peranti mobile.

Idea awal berasal dari Akademi Radio Sepanyol (Spanish Academy of Radio) dan secara rasmi disampaikan oleh Delegasi Tetap Sepanyol ke UNESCO untuk Dewan Eksekutif sesi 187 pada bulan September 2011.

Pada tanggal 3 November 2011, 36 th General Conference, UNESCO mengakui “kekuatan transformasi radio” dengan mendirikan Hari Radio Sedunia. Hari yang dipilih adalah 13 Februari kerana merupakan hari lahirnya radio Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) iaitu pada tahun 1946.

Selamat Menyambut Hari Radio Sedunia. Sejak itu, 13 Februari dijadikan Hari Radio sedunia untuk disambut oleh penggerak-penggerak radio. Kali pertama dunia memperingati Hari Radio Sedunia (World Radio Day) adalah pada 13 Februari 2012. Pada tahun lepas 2014, UNESCO mencadangkan Hari Radio sedunia  menggunakan  Gender Equality and Women’s Empowerment in Radio.

Hijau.FM
Sejak sekian lama, PAS berhasrat untuk menubuhkan stesen radio mereka sendiri tetapi masih belum berjaya kerana tidak diberikan lesen untuk berbuat demikian oleh pihak kerajaan. Sebelum itu, ketika menjelang pilihan raya umum ke-13 pada tahun lepas, PAS juga berjaya menggerakkan radio internet, Hijau.FM oleh Jabatan IT PAS Pusat (JITP) dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Dakwah.

Sekarang lajnah tersebut berkembang menjadi dua lajnah yang berbeza, iaitu Lajnah Penerangan dan Lajnah Dakwah yang menjadi pembekal kandungan kepada Hijau.FM yang mula ke udara secara percubaan untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan pantas kepada ahli, penyokong, petugas parti dan pengundi bagi menghadapi PRU ke-13.

Sempena Muktamar PAS ke-59 dan bersiaran pada 22 November, 2013 memulakan satu lagi detik bersejarah kepada Radio Internet PAS. Kehadiran Datuk Seri Abdul Hadi Awang,  Presiden PAS ke konti terbuka di Stadium Shah Alam untuk membuat soft launch radio Hijau.FM.

Bagi memanatapkan siaran Hijau.FM pada masa depan, beberapa siri bengkel pengendalian radio internet dengan melibatkan personaliti terkenal penyampai radio dan tv termasuk  juga penerbit radio terkenal sebagai fasilitator yang diadakan secara inhouse.

Bertemakan, Hijau..Hijau...Hijau Harapan Rakyat, Hijau.FM terus berkembang  menggunakan kedua-dua teknik strategi radio  menggunakan fail audio boleh dibuat secara langsung (live) atau secara rakaman.
Rakaman siaran menggunakan aplikasi percuma telefon bimbit pintar: Shoutcast Radio (iPhone & iPad), Winamp (Android) dan TuneIn (iPhone, iPad & Android). Penyiaran yang kecil tidak membebankan pendengar dengan penggunaan internet (download bandwith quota) berbanding siaran television internet atau Youtube.

Untuk mendengar Hijau.FM, pendengar boleh mendengar Hijau.FM melalui aplikasi Anroid Hijau.FM, Aplikasi Touch ‘n Get, Tune In Radio atau pun melayar laman web Hijau.fm (www.Hijau.fm). Pendengar  boleh;

1) Buat Short Cut pada Android Home Screen - http://www.hijau.fm/2013/10/panduan-hijaufm-untuk-pengguna-android.html


 

 

 

2) Buat Short Cut pada iPhone/ iPad Home Screen - http://www.hijau.fm/2013/10/panduan-hijaufm-untuk-pengguna-iphone.html


 

 

 

 

 

 

 

Sekiranya pendengar mengikuti siaran radio Hijau.FM ini selama 10 jam sehari, hanya 141 Megabyte (MB) data dimuat turun.  Perkembangan Hijau.FM boleh diikuti dengan melayari web www.hijau.fm atau LIKE Facebook Hijau.fm, facebook.com/hijau.fm dan follow twitter hijau.fm, www.twitter.com/hijau.fm - HARAKAHDAILY 12/2/2015

Share on Myspace