Kad Istiqamah untuk pelanggan Harakah

SHUHAIMI EMBONG | .

PERKEMBANGAN Harakah era globalisasi banyak dibantu dengan memanfaatkan teknologi ICT dalam konteks media penerangan dan dakwah PAS (harakah) memang banyak.

Harakah segera memanfaatkan teknologi ini dengan mengadakan portal berita yang dinamakan harakahdaily.net.my sebagai versi online harakah secara aktif mulai tahun 2000, selepas PRU ke-10.

Kemudian harakah terus berkembang dengan memperkenalkan akhbar harakah edisi digital, yang dipanggil epaper harakah atau eharakah di seluruh dunia pada tahun 2009 pada masa muktamar ke-59 di Shah Alam.

ePAPER ini adalah anda membaca akhbar digital versi online, sama seperti membaca akhbar cetak atau print. Bezanya adalah ia dicapai diatas talian dan boleh dicetak sendiri jika dikehendaki oleh pembaca online.

Selepas dua produk utama itu, Bahagian IT Harakah juga membangunkan sistem MyIklan – untuk kegunaan pengurusan Pengiklanan Harakah dan Harakahdaily, Arkib Harakahdaily dan epaper Harakah untuk menyimpan bahan-bahan dalam bentuk digital, Galeri Gambar dan Bazaar Online  secara dalam talian.

Pembangunan dan penyusunan semula capaian kepada produk digital sedang dilakukan oleh pasukan IT Harakah untuk membolehkan semua produk digital dalam talian tersebut boleh dicapai dengan ‘single sign on’ sahaja dalam Gerbang SSO Myharakah di samping memperkenalkan loyalty card atau kad setia pelanggan kepada pelanggan-pelanggan Harakah.

Pelancaran Kad Setia Pelanggan
Satu kad setia pelanggan seperti kad bonuslink, mesra dan lain dikenali dengan kad Istiqamah diperkenalkan oleh Harakah untuk menghargai pelanggan Harakah.

Kad ini yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia, walaupun bukan ahli PAS mempunyai tiga kategori, iaitu Silver, Gold dan Platinum untuk menghargai pelanggan-pelanggan harakah supaya setia melanggan atau membeli produk-produk Harakah.

Dengan perkhidmatan langganan sekaligus dalam talian  menggunakan konsep kad loyalti yang memberikan ganjaran mata termasuk produk digital harakah seperti e-akhbar, ebuku, galeri gambar, arkib dan dan lain-lain item ini dalam beberapa kategori, iaitu;

Bil

Kategori

Jenis Pakej

Kad

Harga

1

Asas

Point – 10 mata

Epaper  – 1 bulan

Arkib Harakahdaily

Silver

RM 10.00

2

Sederhana

(2 tahun)

Point – 250 mata

Epaper

Ebook

Galeri Gambar

Arkib Harakahdaily/Epaper

Gold

RM 250.00

(Tawaran Pengenalan RM100 sahaja)

3

Lama

(5 tahun)

Point – 500 mata

Epaper

Ebook

Galeri Gambar

Arkib Harakahdaily/Epaper

Platinum

RM 500.00

(Tawaran Pengenalan RM250 sahaja)

 Konsep asas kad “Istiqamah” MyHarakah ini berfungsi “2 dalam 1”, yakni untuk mengumpul mata ganjaran dan dalam masa yang sama juga merupakan kad pengenalan ID’s  untuk kegunaan konsep Single Sign On produk digital Myharakah.

Bagi pengumpulan mata ganjaran, asas yang  digunapakai, iaitu;
RM 1 untuk dapat 1 mata ganjaran, dan
10 mata ganjaran pula boleh tukar dengan barangan terpilih  bernilai RM1

Pada masa  ini, kad Istiqamah ini adalah boleh digunakan, di premis-premis harakah, iaitu;

1. Kedai buku Myharakahbazzar.com
2. Gerbang SSO Myharakah & portal Myharakahbazaar.com  
3. Aplikasi mobile Myharakah.
4. Gerai / boot Myharakahbazaar.com (ditempat pameran/karnival)

Pada fasa 2 nanti, kad ini adalah boleh digunakan, di premis-premis agensi dibawah PAS, seperti; PASTI, KUIZM, ILHAM dan lain-lain termasuk juga agensi yang mesra PAS seperti KOHILAL.

Manakala pada fasa 3 nanti, kad ini juga dicadangkan berkolabrasi dengan syarikat luar rakan niaga harakah supaya kad “Istiqamah” ini boleh digunakan di premis-premis yang dimiliki oleh orang-orang PAS atau pengiklan-pengiklan dengan  PAS. Perkara ini akan dibincangkan lanjut bila tiba masanya untuk dilaksanakan nanti.

Adalah diharapkan semoga ahli-ahli PAS tidak melepaskan peluang ini untuk mendapatkan kad Istiqamah Silver) kategori asas pada harga RM10 sahaja. Walau bagaimanapun adalah lebih baik bagi mereka mendapatkan kad Istiqamah Gold atau platinum pada tawaran pengenalan ini yang telah dilanjutkan sehingga bulan syawal 1436 ini diatas permintaan ahli yang tak sempat buat pada Muktamar ke61 baru-bari ini selepas dilancarkan.

Jangan lepaskan peluang ini, keahlian anda amat dihargai. Untuk melanggan layari, myharakahbazaar.com – HARAKAHDAILY 2/7/2017

Penulis adalah Pengarah IT Pusat

Share on Myspace