Malaysia terima anugerah ICT?

SHUHAIMI EMBONG | .

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak dilaporkan menerima ‘Anugerah ICT Dalam Pembangunan Lestari’ bagi pihak kerajaan Malaysia bersempena sambutan ulang tahun ke-150 Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa atau Iternational Telecommunication Union (ITU) yang diadakan pada Sabtu 26 September di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau percaya komuniti luar bandar diberikan akses yang lebih besar kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi mengurangkan jurang digital dalam usaha memakmurkan rakyat melalui inovasi teknologi tersebut.

“Ketika mengejar ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia juga mengalakkan perluasaan penggunaan teknologi ICT untuk faedah sosioekonomi dalam kalangan masyarakat sasar di Malaysia.

Ketika berucap pada anugerah tersebut, beliau menyebut, “Ketika saya melancarkan Rancangan Malaysia keSebelas (RMK-11) pada Mei 2015, saya menegaskan semula visi Malaysia sebagai sebuah Negara yang memiliki ekonomi maju dan inklusif.”

“Saya menekankan tentang kepentingan meningkatkan masyarakat bijak yang berkemahiran dan berpengatahuan ICT serta disokong industri ICT yang teguh bertenaga dan mapan.” Katanya.

Negara yang menerima anugerah tersebut bukanlah negara-negara yang dilihat maju dalam bidang ICT.  Media melaporkan anugerah sama turut diterima oleh lapan lagi pemimpin negara, iaitu Perdana Menteri Bahrain, Bangladesh, Fiji, Thailand, Presiden Gabon, Kenya, Vanuatu dan Rwanda.

Belum sempat ‘meraikannya’ selepas menerima anugerah ICT berprestij tersebut, Datuk Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang baru, ‘menempelak’ pemimpin politik veteran yang memperlekeh keupayaan jalur lebar di Malaysia dengan menyebut blognya, sskeruak.blogspot.my  “Veteran opposition leader, Lim Kit Siang may not be aware of the wide range of Internet speeds that Malaysians can choose from when he grumbles about the slow Internet speed in the country.”

Di Malaysia, pakej 20 Mbps dan ke atas adalah mahal menyebabkan ramai (71 peratus) yang memilih internet yang ‘slow’ dengan menyebut,  "Actually there are a wide range of Internet speeds that Malaysians can choose from but about 71 percent of Malaysian Internet users prefer the slower Streamyx broadband package that offers speeds of between 384 Kbps to 1 Mbps"

Beliau menyebut lagi,  “We want to ensure that by 2020 at least 95 per cent of Malaysians will have access to the Internet. And we also want to ensure that at least 50 per cent of urban areas and 20 per cent of rural areas have broadband speeds of 100 Mbps,”  

Ramai yang berharap, ia bukan kenyataan diatas kertas sahaja. Sebelum apa yang dihasrat untuk mencapai sasaran 95 peratus rakyat dapat capaian internet pada tahun 2020 menjadi realiti, dicadangkan usaha dilakukan oleh kerajaan  untuk menurunkan  pakej internet kepada yang lebih rendah dalam bajet 2016 nanti. – HARAKAHDAILY 30/9/2015

Penulis adalah Pengarah IT PAS

Share on Myspace