TPPA: NGO IT Prihatin gesa Malaysia tolak

SHUHAIMI EMBONG | .

PERTUBUHAN Jaringan IT Prihatin (JITP) Malaysia menjadi salah satu daripada 100 lebih NGO lain bersetuju dengan Jawatankuasa Bertindak Kongres Rakyat menghantar memorandum Bantahan Pemeteraian Perjanjian perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh Kementerian Perdangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum perdebatan parlimen dan kerajaan mendatangani perjanjian TPPA secara rasmi.

Asas kepada sokongan Pertubuhan JITP Malaysia adalah apabila mendapati hasrat Gabungan NGO usahawan ICT yang bernaung di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) membuat kesimpulan bahawa TPPA tidak memberi manfaat kepada industri ICT yang masih baru di negara ini yang memohon Malaysia menarik diri daripada mengganggotai TPPA sejak bulan Julai, 2013 lagi.

Kenyataan penuh  gabungan NGO usahawan ICT yang bernaung di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) tidak bersetuju dengan rundingan dan perjanjian TPP atas dua dasar utama seperti berikut:

1. Perjanjian TPP dijalankan secara rahsia dan tidak terbuka kepada orang ramai terutamanya kepada pemain industri.
2. Tiada input atau pandangan daripada orang ramai terutamanya pemain industri.

Kerisauan kami semakin memuncak apabila mengetahui 14 bab daripada 29 bab secara teknikalnya telah dimuktamadkan.

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian:

1. Intellectual Property Chapter
Bab Harta Intelek telah bertambah sehingga 80 muka surat. Menurut beberapa perunding luar New Zealand, ini adalah bab paling panjang sekali. Harta Intelek ini merangkumi hak cipta, trademarks, paten dan kemungkinan besar juga Geographical Indication.

2. Isu Hakcipta (Copyright)
Apa yang menyebabkan kami bimbang adalah bab hakcipta ini tidak pernah dikeluarkan kepada umum dan tidak melibatkan pemain industri sendiri. Tambah merisaukan, banyak cadangan dalam bentuk braket dan alternatif berdasarkan dokumen bocor dari negara seperti Australia, New Zealand, dan Chile.

Isu-isu utama yang membimbangkan adalah:
1. Tiada teks yang didedahkan kepada umum terutamanya kepada pemain industri.
2. Kegagalan tidak dijangka seperti DMCA (Digital Millennium Copyright Act) yang sepatutnya mengurangkan “lanun cetak rompak”, tetapi bertukar menjadi sekatan dan bahaya kepada pengguna, saintis, dan persaingan.
3. Naik taraf Anti-Counterfeiting Trade Agreement (ACTA) yang telah ditandatangani pada Oktober 2011. 11 buah negara yang terlibat adalah US, EU, Switzeland, Kanada, Australia, New Zealand, Mexico, Singapura, Morocco, Japan, dan Korea Selatan.
a. ACTA sangat kontrovesi kerana menggunakan penyedia servis Internet (ISP) untuk polis menangkap mereka yang melakukan jenayah hakcipta dengan melakukan penyaringan, atau sekatan kandungan digital atau menutup talian Internet pengguna.
b. ACTA juga melanggar privasi hak individu (due process) melalui manipulasi penguatkuasaan autoriti dan proses fasilitasi untuk mengenakan hukuman pada individu.
c. ACTA menggunakan Kunci Digital (Digital Lock) untuk kandungan digital. Sekaligus menjadikan mereka yang menukar format atau menyalin kepada alat lain daripada komputer ke e-readers (ipad dan sebagainya) sebagai penjenayah hakcipta.
d. ACTA meningkatkan penalti bagi kesalahan hakcipta walaupun tujuan peribadi dan bukannya komersil.
4. USTR (United State Trade Representative) berusaha ke arah semua negara yang telah menandatangani untuk menerima undang-undang hakcipta yang lebih kompleks dengan agenda utama memajukan industri hiburan dan farmasutikal mereka.
5. TPP juga memberi kesan kepada bukan sahaja negara TPP yang terlibat, tetapi kepada negara lain yang terpaksa menerima secara tidak langsung kesan perjanjian ini seperti yang dilakukan USTR melalui Special 301 Report.

Kerisauan terhadap TPP – kebebasan bersuara, hak individu (due process), inovasi, masa depan infrastuktur global Internet, hak negara berdaulat untuk membangunkan polisi dan undang-undang mengikut keutamaan domestik.

Gabungan NGO Usahawan ICT di bawah MTEM tidak bersetuju dan menolak rundingan TPPA atas sebab berikut:

1. Isu penyalahgunaan TRIPS melalui Policy Laundering.
Dalam ekonomi digital, kewujudan Trade-Related Aspects of Intellectual Property (TRIPS) yang asalnya digunakan untuk mewujudkan keseimbangan dalam harta Intelek membolehkan tidak keseimbangan berlaku jika ada pihak yang melalukan Policy Laundering dengan menghantar Bill pada Kongres, contohnya idea tidak baik seperti PIPA, SOPA, atau contoh dalam negara kita Seksyen 114A yang dibahaskan dalam parlimen.

2. Isu Cloud Computing
Pengkalan data mesti dijaga dalam negara untuk menjaga keselamatan sosial dan kedaulatan. Jika pengkalan data laman web, pengurusan traksaksi dan sebagainya mesti dibuka dan dihos pada pengkalan data luar negara, ia akan menjadi isu.

3. Isu DRM (Digital Rights Management)  
i. Copyright Owner power over “Buffer Copies” (Salinan kecil dimana komputer memerlukan data tersebut untuk melakukan proses)  menyebabkan banyak transaksi akan memerlukan pelbagai lesen daripada pemilik IP sekaligus apabila digunakan banyak kali akan meningkatkan liabliti kepada pengguna.
ii. Digital Lock – mengawal pengedaran atau cara pengedaran, sebagai contoh digital produk hanya boleh digunakan lima kali, kemudian perlu bayar untuk mendapatkannya. Kawalan format, penukaran format kepada alat pembaca lain juga merupakan kesalahan jenayah harta intelek.
iii. Kick / Ban People From Internet – TPP boleh memberi arahan kepada ISP (Internet Service Provider) untuk memutuskan sambungan internet berdasarkan undang-undang “three strikes” yang digunakan di US sekarang jika pengguna tiga kali membuat kesalahan.
iv. Criminalize small scale copyright infringement (Jenayah Hakcipta) – Contoh muat turun muzik sehingga polis merampas komputer atas alasan alat bantuan melakukan jenayah dan menghantar pengguna ke penjara. Seorang pelajar menukar format untuk bacaan e-reader juga boleh dikenakan tindakan jenayah.
v. The TPP should include limitations and exceptions to copyright.
Proposal rundingan yang bocor menyatakan hak cipta perlu terhad dan bersyarat, untuk digunakan bertujuan adil sebagai contoh untuk kegunaan gedung maklumat dan digunakan oleh mereka yang tidak mampu.
Isu utama adalah kita tiada jaminan bahawa TPP akan memasukkan proposal terhad dan bersyarat ini untuk seimbangkan hak pengguna dan hak pemilik hakcipta.

4. Creative Content
Isu creative content seperti animasi dalam negara yang semakin popular boleh diceroboh oleh negara yang besar seperti Hollywood.
Mereka boleh mengeluarkan cerita animasi lebih murah untuk dijual ke negara lain, kerana di negara sendiri sudah untung berjuta dolar dan nilai rendah dijual diluar. Sekaligus membolehkan filem animasi tempatan tidak dapat bersaing.

Kesimpulan:
1. Perkembangan e-commerce boleh merudum teruk dalam jangkamasa panjang.
2. Rejim baru berdaftar menguasai liabiliti ISP.
3. Duti Kastam atas Produk Digital
4. Perlindungan atau galakan produk digital tempatan
5. Penguatkuasaan Jenayah Harta Intelek melebihi WIPO Internet Treaties.

Kesan keseluruhan pada ekologi ekonomi digital ialah:
1. Sekatan hak bersuara rakyat.
2. Sekatan pencipta kandungan digital.
3. Sekatan kebolehan syarikat teknologi mencipta produk inovasi.
4. Sekatan kebolehan pengguna untuk gunakan kandungan digital dalam pelbagai cara.

Berdasarkan perkara-perkara di atas, kami membuat kesimpulan bahawa TPPA tidak memberi manfaat kepada industri ICT yang masih baru di negara ini. Justeru, Malaysia harus menarik diri daripada mengganggotai TPPA.

Sebagaimana yang disebut dalam memorandum Kongres Rakyat tersebut, antara sebab utama yang kepada bantahan ini adalah isu kedaulatan Negara (national sovereignty) disebabkan klausa ‘Investigator-State Dispute Settlement (ISDS)’ yang jelas bakal mengheret Malaysia ke lembah bahaya yang boleh menyebabkan dikenakan tindakan undang-undang oleh syarikat pelabur.

Selain itu, kemampuan syarikat-syarikat tempatan bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi luar juga menjadi faktor penting penolakan kepada TPPA. – HARAKAHDAILY 6/11/2015

Penulis adalah Pengrusi Jaringan IT Prihatin Malaysia.

Share on Myspace