Satu dekad, Jabatan IT PAS Sabah makin mantap

SHUHAIMI EMBONG | .

FEBRUARI 27, 2016, saya hadir ke Konvensyen ICT dan DataRaya (KIDR) Sabah 2016 bagi membentangkan kertas kerja bertajuk, ‘DataRaya: Pengurusan Maklumat dan Rekod Elektronik’ yang telah saya bentangkan dalam Persidangan  ICT dan Dataraya 2015 pada Disember  lepas.

Ini kali rasanya sudah kali kelima saya dan rakan-rakan Jabatan IT Pusat (JITP) hadir  membentangkan kertas atau memberi latihan hands-on pada program Konvensyen ICT yang dianjurkan secara istiqamah oleh Jabatan IT Negeri (JITN) Badan Perhubungan PAS Sabah sejak tahun 2005.

Pada tahun 2005 itu, kalau tidak silap ingatan saya, ia dinamakan Bengkel IT Sabah 2005 (BITS 2005) yang diadakan di sebuah kolej swasta, Kolej Eastern di Sembulan, Kota Kinabalu Sabah. Saya pun tak pasti kolej tersebut masih ada lagi atau pun tidak.

Berbanding ditempat lain, Konvensyen IT di Sabah dan Sarawak diadakan dua (2) hari satu (1) malam secara intensif. Ia, biasanya bermula hari Sabtu dan berakhir pada hari Ahad tengahari.    

Sejak itu, Jabatan IT Negeri (JITN) Sabah menganjurkan Konvensyen IT Sabah (KITS) secara istiqamah setiap dua tahun sekali. Kalau tidak silap ingatan saya pada tahun 2007 dan 2009 Konvensyen IT Sabah diadakan di sebuah resort terkenal di Kundasang.

Manakala pada tahun 2011 dan 2013, Konvensyen IT Sabah diadakan di Tawau dan Sandakan kerana memenuhi permintaan supaya ia diadakan juga ditempat lain supaya tidak bertumpu di Kota Kinabalu atau sekitarnya sahaja.

Pada tahun 2015, ia tak sempat diadakan kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Kali ini pada 2016, KITS kembali semula diadakan di Kota Kinabalu. Walau dimana ia diadakan, kehadiran penggerak-penggerak IT Sabah adalah memuaskan, melebihi 50 orang walaupun tidak sampai pada tahap terbaik.

Begitulah sebahagian daripada intisari ucapan saya ketika menggantikan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Pengerusi JITP ketika merasmikan Konvensyen IT dan Dataraya (KIDR) Sabah 2016 tempohari.

Sepintas lalu sejarah Jabatan IT Negeri Sabah

Saya tidak pasti bagaimana sejarah IT di Sabah bermula. Tetapi yang saya tahu dan diberitahu, orang yang banyak berkorban untuk mengasas dan menghidupkan serta menggerakkan Jabatan IT Negeri (JITN) Sabah adalah Pengarah JITN Sabah yang pertama, Alimin Jasman.

Alimin Jasman telah menjadi Pengarah JITN Sabah selama hampir satu dekad (2004 hingga 2013) sebelum menyerahkan kepada orang lain sebagai Pengarah JITN Sabah. Sepanjang beliau menjadi Pengarah JITN Sabah, beliau akan pastikan Konvensyen IT Sabah akan diadakan setiap 2 tahun sekali sebagaimana resolusi IT Sabah sebelum ini.

Mengikut percakapan beliau kepada saya sebelum ini, ada satu taklimat diberikan oleh Timbalan Pengerusi JITP Pusat kepada Setiausaha Perhubungan Sabah ketika itu, Ladim Abd Rahman dan beberapa orang tenaga IT dan dari situ bermulalah satu cadangan ditubuhkan Lajnah IT PAS Sabah dimana Ahmad Pazilah Saari (YDP PAS Kaw Tanjung Aru) dilantik sebagai Pengerusi IT yang pertama dan Alimin Jasman pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan IT.  

Saya diberitahu, PAS Sabah telah hantar dua orang wakil, iaitu Anuar Ali dan Itqan Muhammad ke Seminar dan Bengkel IT 2000 (SBIT2000) PAS Pusat di Kuala Terengganu.  Selepas itu, IT Muhammad dilantik Pengerusi Lajnah IT DPPNS.

Menurut Alimin Jasman, sebelum Lajnah IT dan Jabatan IT BPPNS ditubuhkan, IT telah bermula lebih awal lagi dalam Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) sejak 1997-1999 bila beliau dilantik exco DPPNS dengan mewujudkan group maya, This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. pada tahun 1998 dan projek awalnya membina laman web pas Sabah (passabah.tripod.com) menggunakan tapak percuma tripod.

Apa pun saya ucapakan sekalong tahniah tahniah kepada Setiausaha Perhubungan PAS, Dr Ali Akhbar yang juga Pengerusi IT PAS Sabah dan pasukan Jabatan IT Negeri (JITN) Sabah  yang berusaha menjayakan semula Konvensyen IT PAS pada Februari lepas.  

Rasanya adalah elok Sdr Alimin Jasman sendiri memulis sejarah IT dalam PAS Sabah. Elok kalau ianya dibukukan bersama dengan ulang tahun ke-15 JITP dan ulangtahun ke30 PAS Sabah itu sendiri. Apa yang saya tulis ini adalah catatan sepintas lalu sahaja. – HARAKAHDAILY 7/3/2016

Penulis adalah Pengarah Jabatan IT Pusat

Share on Myspace