PAS sedia gerbang maklumat PRN Sarawak

SHUHAIMI EMBONG | .

KIRA-kira sebulan lepas, pada 12 Mac 2016, saya hadir ke Kuching, Sarawak untuk melihat sendiri PAS memulakan kempennya untuk menyertai Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 dengan melancarkan Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak.

Serentak dengan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul hadi Awang juga melancarkan Gerbang maklumat, prnsarawak.pas.org.my sebagai pusat sehenti maklumat PAS bagi PRN Sarawak ke-11.
 
Semasa melancarkan portal itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi jawatankuasa Induk Pilihan Raya PAS bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak pada kali ini  menyatakan gerbang maklumat yang dilancarkan itu berobjektifkan saluran maklumat kepada seluruh rakyat Sarawak khususnya bagi DUN yang ditandingi PAS termasuk masyarakat luar Sarawak yang kini sudah mengenali dan kagum dengan PAS sebagai parti politik yang berjaya di negara ini.

Denagn adanya gerbang maklumat yang khususnya ini, semua pihak termasuk media boleh mendapatkan maklumat tentang PAS. Denagn ini memudahkan ahli-ahli PAS dan orang ramai menyemak kenyataan berkaitan PRN Sarawak ini secara terus dan telus dari PAS.

Bahan-bahan yang akan mengisi gerbang maklumat itu antaranya siaran video dan montaj berkaitan PAS, ucapan terpilih pimpinan PAS, profail dan biodata serta rayuan kempen calon, berita berkaitan dengan kempen pilihan raya dan banyak lagi yang dikemaskini setiap hari oleh petugas PAS.

Datuk Tuan merakamkan terima kasih kepada kakitangan Jabatan IT PAS yang terlibat secara langsung dan para sukarelawan  yang menjayakan operasi pengendalian laman web ini. Gerbang maklumat di alamat http://prnsarawak.pas.org.my ini  diselia oleh Jabatan IT PAS Pusat dan telah pun beroperasi  selepas dilancarkan. – HARAKAHDAILY 11/4/2016

Share on Myspace