Maafkan aku ayah

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

Wahai ayahku,

Aku pandai meminta daripadamu, tapi selama ini aku tidak erti mengucap terima kasih.

Sehinggalah aku dewasa, aku baru sedar betapa bertuahnya ada seorang ayah di sisi.

Setiap kali aku ingin meninggalkan rumah, wajah kamu sering kelihatan tabah dan tidak mengapa. Dengan senyuman, kamu akan menyuruhku ‘Pergi’. Tapi, ibu memberitahuku, matamu akan kemerahan bergenang air mata sebaik sahaja kamu memusing balik ke rumah.

Wahai ayahku,

Terima kasih atas segala kudrat dan tenagamu digunakan untuk membina keluarga ini dan selalu untuk memberikan aku yang terbaik.

Di dalam hatiku, aku sangat rindukan waktu dulu di mana aku tidak mengerti malu untuk memegang tanganmu yang mesra…

Aku sudi menukar segalanya untuk menukar umurnya yang lebih panjang. Aku merayu pada masa untuk kurangkan lajunya. Jangan biarkan kamu bertambah tua lagi.

Wahai ayahku,

Apakah aku berjaya menjadi anak kebanggaanmu? Ataupun aku masih anak yang selalu dibimbangimu?

Apa yang aku boleh buat untuk kamu, ayahku tersayang? Terimalah ambil beratku yang sedikit ini. Aku sangat bersyukur di sepanjang perjalanan ini ada kamu dan ibu menemaniku.

Maafkan aku ayah.

Daripada anak yang mu rindui kini dah dewasa. - HARAKAHDAILY 14/1/2015

Share on Myspace