Baju kurung lebih baik daripada skirt

NASRUDIN HASSAN | .

1. Asalnya nak tulis ringkas-ringkas sahaja, sebab saya selalu terima komen orang kata tulisan Ustaz ni panjang-panjang dan ramai orang tak baca panjang-panjang ni. Rupanya tulis pendek pun sukar juga, ramai yang keliru dan tidak faham pula. Contoh terbaru post saya mengenai baju kurung lebih baik dari skirt.

2. Tidak mengapalah, saya panjangkan sikit ulasan saya pasal 'baju kurung lebih baik dari skirt'.

3. Benarlah bahawa bagi non muslim, (saya sebut untuk non muslim terlebih dahulu) memakai baju kurung tanpa t-shirt di dalamnya atau baju kurung itu kainnya nipis atau saiznya ketat lalu menampakkan bentuk tubuh adalah salah kerana ia menampakkan pakaian dalam dan bentuk tubuh. Ianya pasti tidak manis dan menjolok mata.

4. (Post saya yang asal atau yang ringkas itu, tidak pun saya bahas atau ulas pasal bentuk dan saiz baju kurung, saya juga tidak ulas pasal isu kena halau atau tidak dari sekolah. Hanya semata-mata saya nak beritahu bahawa baju kurung lebih baik dari skirt.)

5. Sementara bagi muslimah pula, maka baju kurung itu, tanpa syak ianya wajib dipakai bersama tudung yang melepasi paras dada.

Lalu...

6. Isu menjolok mata atau tidak bukan pada baju kurung, (justeru tentunya baju kurung itu lebih baik dari pakai skirt.)

7. Menjolok mata atau tidak ialah bagaimana baju kurung itu dipakai. Baju kurung itu tetap lebih baik berbanding skirt, namun baju kurung itu mesti kena pakai yang agak longgar, pakai t-shirt di bahagian dalam dan jangan gunakan kain yang nipis untuk membuat baju kurung tersebut.

8. Maka baju kurung tetap lebih baik dari pakai skirt. Kerana skirt itu, pakailah tebal bagaimana pun, pakailah dua lapis sekali pun, maka ia tetap menjolok mata berbanding baju kurung yang longgar, kainnya tidak nipis dan dipakai pula t-shirt sebelah dalamnya.

9. Kecuali, skirt itu dilabuhkan sampai menutup buku lali. Dan dipakai juga dengan baju longgar yang menutup bahagian tubuh. Namun saya fokuskan kepada skirt yang biasa dipakai di sekolah bagi non muslim iaitu singkat.

10. Ertinya baju kurung masih ada ruang untuk mengelak dari menjolok mata...

Namun apa pun, isunya bukan pada jenis dan nama pakaian. Tetapi pakaian itu janganlah seksi seksa, menjolok mata dan menyesak dada. Pakai jubah pun, kalau ketat sampai nampak puing bahagian punggungnya, maka ia tetap dikira menjolok mata.

Hu hu, maaf panjang sikit. Mohon mencadang cikgu...

Share on Myspace