K-Pop: Budaya Korea dan protokol zionis

| .

SEPERTI landaan taufan menghembus buana yang sepi, budaya popular dari korea kini mengambil ruang besar dalam budaya popular anak-anak muda diseluruh dunia. Kunjungan artis Korea semakin kerap ke negara ini dan tidak sepi daripada memicu isu moral yang jelek termasuk anak-anak gadis Melayu bertudung terkinja dan dipeluk rakus secara terbuka. Budaya popular korea kini menjadi produk seni "sensate culture" yang meratah susila bangsa Timur, bahkan adab sopan bangsa Melayu tertanggal kerana kencangnya taufan Timur ini.

Budaya popular yang penuh kebobrokan ini bukan sahaja dengan muzik dan tarian yang digaul dengan beberapa genre techno, hip hop, pop, rock, yang akhirnya dijenamakan sebagai kpop. Budaya popular korea juga datang dengan filem-filem cinta yang mengasyikkan juga kini merambah ke sebahagian besar dunia sehingga dikatakan produk seni korea menyumbang 1 billion USD kepada negara yang menjadi proksi Amerika Syarikat itu. Filem korea termasuk dengan tema cinta asyik sehingga menayangkan aksi porno, juga terkenal dengan reputasi filem hantu serta bertemakan aksi lasak mula menjadi fenomena.

Serangan budaya popular yang bersalut hedonisme tahap lima bintang ini  juga dipromosi dengan meluas oleh regim negara ini dalam usaha menarik anak muda menyertai program mereka. Artis korea samada lelaki dan perempuan dengan kulit kuning bersih, guratan wajah rekayasa setelah melalui pembedahan plastik mula menjadi ikon dan mengisi banyak slot tv negara ini.

Maka impaknya seperti dijangka dengan penularan budaya popular korea ini dengan bertambahnya artis korea yang datang mengadakan konsert, melancarkan album baru serta memromosikan produk seni mereka yang bersifat artifisal. Di indonesia pula dengan pasaran besar rakyat 250 juta penduduk, kegilaan ini sangat parah apabila banyak filem-filem negara itu turut menyelitkan selebriti Korea sebagai pelaris filem samada filem cinta dan juga filem hantu. Tak sedikit anak muda Melayu berkulit sawo matang ingin mengubah penampilan diri, malah rupa paras mereka. Dengan wajah dicukur licin, stail rambut persis bintang korea, aksesori ciplakan , semuanya bernuansa Korea. Kegilaan kepada tarikan korea juga menyebabkan negara itu tiba-tiba dalam senarai pelancong negara ini, terutama melawat lokasi "winter sonata" dengaan pesona cinta yang menggebu.

Menarik juga apabila kita menyemak tentang obsesi anak-anak muda masakini tentang budaya popular kpop yang jauh meracun ke dalam akar umbi budaya Melayu. Benar setiap generasi ada genre seni fenomena seperti pop dalam dekad 60an, fenomena woodstock  diawal 70an, juga beragam budaya import sepanjang tahun-tahun 90an , hip hop di awal milinea baru,bahkan kejutan black metal, namun ianya sangat pinggiran berbanding kpop yang turut dimanfaatkan oleh regim untuk menyihir anak muda untuk hadir ke program anjuran mereka. Saya teringat magnum Opus puak zionis iaitu buku "Protocols of the meeting elders of zion "karya Victor E Marsden  tentang perancangan Yahudi untuk menguasai dunia, 24 protokol Yahudi dengan terang menyebut strategi ini. Zaman edan ini, dunia makin suram cahaya keimanan, watak malu anak bangsa mula digerus perlahan-lahan dengan ghazwatul fikri, zaman anak dara berstatus janda menjadi fenomena dan berbicara tentang sex bukan lagi taboo buat generasi muda.

Seperti yang direncanakan oleh gerakan zionis dalam Protokol yang ketigabelas:

"Bagi melengkapkan usaha-usaha monopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan kaum industrialis dari kalangan kaum bukan Yahudi, di samping terus mendorongkan adanya spekulasi-spekulasi itu, maka bangsa Yahudi mesti menyebarkan projek-projek kemewahan (luxury), badan-badan pertunjukan (show institutions) di kalangan masyarakat yang bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kembali kekayaan mereka. Dan untuk mengalihkan perhatian orang-orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen-agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada aktiviti-aktiviti hiburan, olahraga (sukan), pesta-pesta, pertandingan dalam bidang kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi."

Kebobrokan nilai dan kebejatan nuansa seni murahan mengambilalih semua nilai baik bangsa ini, apatah lagi dengan penguasa yang tak peduli malah turut membajai kefasadan ini. Tanggungjawab makro dan mikro gerakan Islam semakin membesar dan senarai tugasan makin panjang menanti para amilin jamaah. Kita dituduh polis moral dan menjunjung nilai konservatif apabila menentang maksiat dan kemungkaran yang menjolok mata ini. Namun kita tiada pilihan untuk terus meluruskan ummah yang sedang sakit tenat ini, moga kita istiqomah di denai jalan dakwah! - HARAKAHDAILY 15/1/2015

Penulis ialah AJK Pas Pusat dan Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah Pusat 

Share on Myspace