Legasi TGNA

FUDZAIL | .

 

 

Kalau wasatiyyah sebagai contoh
kehidupan realiti semasa
tentunya TGNA menjadi rujukan
bukan lakonan propaganda
bukan slogan ucapan retorik
sekadar skrip wayang politik
perhiasan bangsawan yang robek
dalam kebobrokan dan hipokrasi
kepimpinan tanpa keseimbangan
rohani dan kerakusan nafsu
sehingga tergadai maruah
di sebalik kekuatan fizikal
dibenteng akta drakonian

Kalau transformasi menjadi langkah
anjakan pradigma laut biru
barangkali TGNA lebih ke hadapan
realistik dan tidak bombastik
terbuka dan tidak oportunis
dalam permainan politik untuk berkuasa
keikhlasan merentas perjuangan
biarpun tergendala oleh percaturan lawan
mereka seagama yang sekular
ramai bertuhankan kebendaan
gila rakus mempertahankan survival
dengan matlamat menghalalkan cara

Kerana itu legasi TGNA
berpanjangan di hati kami
para marhaen yang menginsafi
ilmu dan amalan
daripada al-Quran dan sunnah
beriringan sebagai pasukan
hidup dan mati itu perjuangan
kombinasi transformasi dan wasatiyyah
merdeka jiwa untuk ke syurga
bukan semata menang pilihan raya
untuk ke Putrajaya!

Fudzail
Dubai, UAE

Share on Myspace