Ketika hati merindui Tok Guru

ASRI ED-DIWANIE | .

 

شيخ العلامة ترحلت وإنني مشتاق #

بفيض دمع العين من الأحزان
Tok Guru, dikau telah pergi dan diriku amat merindui - Mengalir air mataku sedih mengenang akan pemergian

لكن أطمئن قلبي حين رأيتك في المنام #
لما أرى فيك من تقوى وإيمان
Tetapi, hatiku tetap tenang apabila bermimpikan dirimu - Dengan ku saksikan bekalanmu adalah takwa dan iman

يا أيها العالم الممدوح في خلق #
بين الأحبة ومن كل إنسان
Wahai Ulama yang dipuji pada akhlaknya - Di kalangan para pencinta bahkan sekalian manusia

كم كان علمك ذا نفع وذا أثر #
على مريديك من شيب وشبان
Betapa luasnya ilmumu yang sangat memberi manfaat dan berkesan - Kepada penuntutmu di kalangan golongan veteran dan anak muda

وكم انتفع الناس وقد انتفعوا #
بعلمك العميق في شرح وتبيان
Betapa ramai manusia mempelajari denganmu lalu mengambil faedah - Dengan ilmumu yang mendalam pada huraian dan keterangan

يا أيها العالم كم في الناس مقولات #
أثنى عليك عظيم القدر والشان
Wahai Ulama yang rata-rata manusia pada percakapan mereka - Menyanjung tinggi akan hebatnya kelebihan serta kedudukanmu

ففي الدعوة قد جددت أسلوبها #
لتخدم الناس من كل شيخ وفتيان
Dalam kancah dakwah dikau terlalu banyak mentajdid uslubnya - Untuk bergelumang bersama manusia sama ada peringkat tua mahupun muda

وكم تفانيت في التأليف مجتهدا #
في نشر علم به إعلاء الأوطان
Betapa engkau bersungguh-sungguh berkecimpung dalam penulisan - Demi untuk menyebarluaskan ilmu yang dengannya mengangkat martabat Negeri juga Negara

شيخ العلامة قد كنت بدرا نيرا #
في علم فقه وتوحيد لا سيما القرآن
Tok Guru, sesungguhnya dirimu umpama bulan mengambang yang menyinari - Dalam menguasai ilmu fiqh, akidah apatah lagi ilmu berkaitan Al-Quran

فكنت جوهرة في العصر نادرة #
في كل عملك يرفع كل بنيان
Engkaulah permata yang terlalu sukar dicari pada zaman ini – Dengan segala kerja buatmu meneguhkan keseluruhan binaan

شيخ العلامة افتقدتك بعد رحيلك #
به أحس بحزن وكأني في حيران
Tok Guru, ku tersangat merasai akan kehilangan setelah permergianmu - Dengan pemergianmu ku bersedih dan seolah-olah ku hilang segala punca

يا إلهي رحماك بعبد العزيز أعد له #
طيب المقامة في جنات عدنان
Wahai Tuhanku, kurniakanlah rahmat-Mu berpanjangan keatas Tok Guru Nik Abdul Aziz dan tempatkanlah beliau - Di sebaik-baik tempat di Syurga-Mu yang kekal abadi

واجعل محبيه دوما في ذكر ودعاء #
مزودين بصبر ثم بسلوان
Campakkanlah ke dalam hati seluruh pencintanya untuk sentiasa mengutus zikir dan doa - Dan seterusnya dibekalkan mereka dengan kesabaran juga ketenangan.

27 Rabiul Akhir 1436

Share on Myspace