Untung jika dapat sahabat bersifat demikian

USTAZ IDRIS AHMAD | .

Sahabat

Sahabat merupakan orang yang paling rapat dengan kita. Mengetahui kekuatan dan kelemahan kita.

Merekalah menjadi pelindung kecacatan dan mengkhabarkan kebaikan kita kepada orang lain. Inilah erti persahabatan kerana Allah.

Sahabat yang baik akan memberitahu kepada kita mengenai kecacatan yang ada kepada batang tubuh kita.

Mereka akan menegur kelakuan yang tidak baik sebagai seorang sahabat, bukan bertujuan untuk mengaibkan kita.

Amat beruntung jika kita mendapat sahabat yang bersifat demikian rupa.

Amal

Beramallah kerana Allah dan bersyukur terhadap nikmat yang diberi. Yakin dan sabar atas apa yang tidak disenangi oleh kita merupakan satu kebaikan.

Sesungguhnya kemenangan beserta dengan kesabaran, kelapangan selepas kesempitan. Inilah liku-liku perjalanan pejuangan Islam yang tidak dihampari dengan permaidani sebaliknya dengan kata nista dan fitnah.

Sabar, doa dan tawakkal adalah penawar yang mujarab. - HARAKAHDAILY 7/3/2015

Share on Myspace