Skandal (1MDB)

IRFAN ES | .

Skandal
(1MDB)

i

Sehingga kini, tidak banyak yang kami tahu
tentang syarikat besar itu
melainkan
hutangnya mencecah RM 42 bilion
dengan bunga RM 2 bilion setahun.

Selebihnya dirahsiakan:
ke mana pergi segala dana
projek apa yang dilaksana
siapa proksinya di luar negara;
audit bebas memang tiada.

Wang juta-juta bagi mereka hanya mainan
nanti kalau rugi rakyat jelata akan tanggungkan.

ii

Kami duduk sendiri
menghitung-hitung lebihan gaji
beberapa sen yang mampu dijimat
hasil belanja berhemat
dengan perut yang sering diikat.

Dan awal bulan depan
cukai 6 peratus pula dikenakan
ke atas hampir semua barangan;
inflasi bakal berganda
derita rakyat bertimpa-timpa.


Irfan ES, Mac 2015

Share on Myspace