Jauhi untuk kebaikan jamaah

USTAZ IDRIS AHMAD | .

 

Rohani

Apa khabar semua? Adakah hari ini tenang dan ceria. Atau adakah hari ini resah dan gelisah. Jika tenang, tanda rohani dan amal kita dengan Allah begitu baik.

Jika sebaliknya menandakan makanan rohani kita tidak cukup. Gandakan amal kita dengan membaca Al-Quran, perbanyakkan solawat dan istighfar kepada Allah SWT maka di dalamnya ada penawar.

Dituduh Umno

Apakah seorang itu sudah boleh dituduh Umno bila minum teh sekali, pergi kenduri rumah orang Umno, ziarah bila mereka sakit, mereka ziarah kita bila kita sakit.

Mereka ucap tahniah dan takziah, bersalam, bergambar sekali, berurus niaga bersama dengan mereka. Kita bekerja dengan syarikat orang Umno. Kita mengendalikan kes orang Umno atau orang Umno mengendalikan kes kita.

Pada saya amat naif sangat alasan ini. Kalau begitu macam mana ahli keluarga kita yang masih ramai Umno, maka kita dituduh Umno kerana kita sering ziarah mereka. Tersenyum lebar.

Berpolitik

Apabila terlalu berpolitik sangat dengan tidak diimbang dengan tazkiah al-nafsi (pembersihan jiwa) menyebabkan hati menjadi kotor. Maka sombong mula bersarang, nampak kelemahan orang lain daripada kelemahan sendiri, mencari kesalahan orang yang kita tidak suka, fitnah menjadi lesen untuk berhujah, hubungan dengan Allah longgar, tidak membuat kerja yang diamanahkan dan hanya pandai mengkritik. Sama-samalah kita jauhi untuk kebaikan jamaah.

Share on Myspace