Fikirkan kita sebagai ibu kijang

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

Foto hiasan

Alkisah seekor kijang mengandung

Seekor kijang mengandung bakal melahirkan anak kijang. Ibu kijang tiba di sebuah tanah rumput tepi sungai di selatan… memikir bahawa itu satu kawasan selamat.

Perutnya mula sakit… tetiba langit mula mendung diikuti dengan petir… petir menyambar rumput kering di sebelah utara kijang – kebakaran hutan berlaku. Di tepi baratnya, ibu kijang terkejut melihat seorang pemburu sedang mengacukan senapangnya ke arahnya… Ibu kijang bergerak ke sebelah timur, terlihat pula seekor harimau yang kelaparan sedang bergerak ke arah beliau.

Utara – api membara
Timur – si harimau kelaparan sedang ingin menerpa
Barat – si pemburu dengan senapang
Selatan – sungai yang deras…
Langit – mendung berpetir bakal hujan

Apakah yang bakal ibu kajang lakukan tatkala perutnya dah mula sakit untuk kelahiran…?

Bolehkah ibu kijang dan anaknya selamat?

Apakah kedua-duanya bakal mati?

Sempatkah anak kijang dilahirkan?

Apakah kedua-duanya akan mati dibakar?

Ibu kijang mati di tangan siapa? Pemburu atau harimau?

Apakah ibu kijang sanggup lompat sungai dan lemas?

Ibu kijang tidak melakukan apa-apa. Ibu kijang hanya fokus pada tugas memberikan nyawa baru kepada anaknya.

Semua perkara yang difikirkan di minda anda tidak terjadi.

Dalam sekelip mata…. Petir menyambar dan membutakan mata pemburu tatkala beliau menekan senapang beliau. Senapang itu tersasar melepasi ibu kijang… dan terkena pada si harimau yang luka parah. Hujan mula turun, api hutan dipadamkan. Saat kemudiannya, anak kijang lahir di dunia.

Cerita ini adalah untuk kita melihat bagaimana minda boleh memerangkap seseorang dari segala penjuru secara negatif. Tanggapan minda begitu kuat sehingga meyakinkan kita bahawa kijang akan mati dan kita pula mati akal.

Jangan buat keputusan dengan terburu-buru. Fikirkan kita sebagai ibu kijang, yang dipenuhi pelbagai cabaran, tapi tetap mencapai kegembiraan di akhirnya.

Segalanya boleh berlaku dalam hidup ini sekiranya iman kita kekal utuh kepada Allah dan percaya bahawa Allah akan menjaga kita. Dan fokus pada tugas di tangan (melahirkan anak kijang) dan buat dengan sebaiknya. Apabila kita lakukan sesuatu, jangan lupa kepada Allah dan meyakini pertolongan Allah dengan sentiasa bersama-Nya.

Allah akan bantu mereka yang berusaha dan tidak berputus asa. Insya-Allah.
Senyum. - HARAKAHDAILY 23/3/2015

Share on Myspace