GST: Menteri guna hujah ikut keperluannya

DR DZULKEFLY AHMAD | .

DATUK Seri Mustapa Mohammad menyebutkan dan dilaporkan oleh Bernama pada 28 Mac; “kerajaan perlu pelbagaikan sumber kewangan termasuk melaksanakan Cukai GST kerana sekarang sumber kewangan bergantung kepada minyak dan gas. Ini adalah antara lain untuk membayar gaji penjawat awam dan bayaran pencen yang semakin bertambah”.

1. Sama ada Menteri Kewangan, Perdagangan Industri dan Antarabangsa atau Gabenor Bank Negara, apabila mahu meyakinkan rakyat bahawa pimpinan negara bijak menguru skewangan dan ekonomi kita sihat asas-asas atau fundamentalnya, pastinya akan menggunakan hujah yang sama tapi dengan maksud sebaliknya.

2. Yakni, atas kebijksanaan PM selaku Menteri Kewangan kita tidak lagi bergantung kepada sumber minyak dan gas. Ekonomi kita sudah mengalami perubahan struktural ekonomi dan tidak lagi bergantung kepada sumber asli dan komoditi seperti minyak, gas dan kelapa sawit serta getah. Ekonomi kita, tegas mereka, sudah 'diversified' atau 'pelbagai' dan kinilebih 'resilient' atau 'kebal’ daripada risiko ‘kejutan-kejutan’ ekonomi global kononnya.

3. Namun, sebaliknya, apabila hendak jugak melaksanakan GST yang jelas akan membebankan rakyat berpendapatan rendah dan rendah-sederhana, khasnya golongan tidak makan gaji atau berpencen yang boleh 'dinaikkan' pendapatan mereka, senang-senang pak menteri berhujah macam sebaliknya.

4. Saya merujuk kepada laporan The Star 14 Feb 2015 atas tajuk "Zeti dispels oil rout myth" (Zeti menolak Mitos Pergantungan Minyak) menekankan negara tidak terlalu terkesan dengan kejatuhan minyak mentah dunia kerana kita telah pelbagai ekonomi negara, pelbagai eksport negara dan pelbagai sumber hasil negara. Tegasnya 'Permintaan Domestik' atau 'Domestic demand' adalah 'anchor and driver' atau 'tunggak dan pemacu' pertumbuhan sekarang ini.

5. Jelasnya kalau begitu penjelasan Gabenor Bank Negara, yang paling pakar perihal ekonomi negara, mengapa dan apa lagi yang disanggah oleh pak-pak menteri ini?

 6. Fahamkan sekali lagi penegasan Gabenor itu. Permintaan Domestik adalah kuncinya. Faktanya Pak Menteri, apakah faktor yang menguatkan Permintaan Domesti kini dan bagaimanakah kita menjana dan menggalakkan atau 'incentivise' faktor ini?

7. Permintaan Domestik mampu dijana dengan, antara lainnya, 'meningkatkan pendapatan boleh berbelanja rakyat (isi rumah) atau 'disposable income of household', keupayaan syarikat dan kerajaan. Sebagai contohnya, lebih besar 'disposable income' rakyat, lebih besar mereka berbelanja sama ada perihal segala 1. Barangan dan 2. Perkhidmatan, sekali gus menjana permintaan.

8. Fahamkah Pak Menteri bahawa GST bukan sahaja mencekik rakyat dengan kenaikan kos barangan dan perkhidmatan, tetapi sekali gus juga akan mengurangkan 'keupayaan mereka berbelanja atau kuasa berbelanja dan membeli rakyat'. Permintaan akan menjana bekalan dan kegiataan ekonomi oleh pihak pengeluar-pembekal termasuk faktor kegiatan import (dan juga eksport).

9. Pak Menteri juga tidak boleh buat pekak terhadap bebanan GST ini yang sifatnya sangat ganas (vicious) terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana berbanding yang kaya. Ini yang dimaksudkan dengan sifat GST yang regresif atau meninggalkan kesan yang songsang atau lebih beban atau perit kepada golongan berpendapatan rendah. Sebaliknya juga, semuahal pemotongan cukai korporat dan cukai pendapatan, tidak releven bagi mereka berpendapatan rendah. Gaji minima yang sepatutnya dikuatkuasa pun tidak semua pihak majikan laksanakan. Yang menerima BRIM pula, akan terasa apabila GST bermula, macam ‘untung secupak, rugi segantang’.

12. Kajian Bank Dunia mengesahkan bahawa semua model GST termasuk di Malaysia adalah regresif dan punya kesan songsang dan ganas, terhadap kumpulan berpendapatan rendah, sebab mengikut Bank Dunia sukar mencerakinkan keperluan semua golongan kelas rakyat bagaimanapun disifarkan dan dikecualikan barangan dan perkhidmatan itu dalam GST. Sebabnya? Pertindihan keperluan barangan dan perkhidmatan sangat ketara sebagai contohnya kesihatan, pendidikan, pengangkutan bahkan hal-hal makanan dan keperluan harian seumpa malam pin bayi atau orang tua dan sebagainya.

13. Saya telah pohon beberapa kali dari Ketua Pengarah Kastam DiRaja dalam beberapa pertemuan termasuk dalam Forum RTM1 setahun lalu, supaya mengeluarkan satu simulasi "Kajian Impak Kewangan" atas semua barangan dan perkhidmatan kepada pelbagai kelompok atau kelas; 1. rendah, 2. Rendah sederhana, 3. Menengah dan menengah atas dan golongan kaya serta super-kaya. Ini bagi mengenalpasti kesan, beban dan dam pak kewangans ebenarnya.

14. Beliau hanya berjanji tetapi sehingga hari ini, dua hari sebelum GST dikuatkuasa pada 1 April masih tidak terjawab. Rakyat berpusu-pusu membeli semacam mahu menyambut hari besar masing-masing.

15. Tetap Kajian Impak itu masih belum ditunaikan secara tuntas dan jelas bagi menyanggah dakwaan Bank  Dunia tadi bahawa GST Malaysia tidak regresif dan tidak membebankan rakyat khasnya golongan miskin.

16. Terkini bukan saja pembangkang dan pimpinan NGO bahkan Mantan PM, Mantan Menteri Kewangan telah menyuarakan bantahan supaya GST ditangguh memandangkan suasana ekonomi yang terus menghempit rakyat berdepan kelembapan ekonomi global.

17. Tun M turut meramalkan BN akan tumbang namun PM Najib dan penguasa politik hari ini masih bertegas. Apakah mereka ini sememang 'desperate' sangatkah? Itu isyarat yang tidak baik. Di manakah segala fakta dan dakwaan Pemandudan BNM yang ekonomi kita sihat dan kukuh sehingga tergamak untuk laksanakan juga cukai yang bebankan rakyat ini?

18. Akhir sekali, bagi mewakili rakyat di Malaysia yang mahu diwakilkan, saya menyeru PM Najib selaku Menteri Kewangan untuk menangguhkan cukai ganas dan regresif ini. Tutuplah lubang-lubang kebocoran, pembaziran, hentikan amalan kronisme dan pembolotan serta kerakusan dengan urus-tadbir kewangan negara dengan penuh kebertanggungjawaban bagi meningkatkan hasil negara secara mapan.

19. 1MDB adalah mercu tanda segala kecurangan, kebobrokan dan kemungkaran ekonomi dan keculasan takelola kewangan negara masakini.

20. Wajarkah rakyat dicukai, khasnya golangan miskin dan berpendapatan rendah, sementara pemimpindan penguasa politik bermewah dan kaya raya? (seperti khususnya yang didedahkan sebuah majalah The New York Times pada 9 Feb lalu). – HARAKAHDAILY 30/3/2015

Dr Dzulkefly Ahmad, PengarahEksekutifPusatPenyelidikan PAS.

Share on Myspace