Kadang-kadang berlakon sokong PAS

USTAZ IDRIS AHMAD | .

 

USAH peduli adu domba yang dilakukan oleh mereka yang tidak senang dengan PAS. Kadang-kadang berlakon sokong PAS sebenarnya mereka adalah perosak jamaah.

Ahli PAS yang sejati mereka tidak berkelakuan sedemikian rupa. Orang seperti ini kita serah kepada Allah untuk membalas kerja buat mereka.

Insya Allah kalau kita ahli PAS yang ikhlas tidak akan terkesan dengan adu domba dan fitnah mereka. Kita mampu senyum, sedangkan mereka dihinggapi penyakit jiwa.

Bina jamaah

Di dalam jamaah masing-masing ada peranan untuk membina jamaah. Sebab itu diwujudkan lajnah di bawah kepakaran masing-masing.

Tidak eloklah kita memperlekehkan orang lain supaya hebat macam kita.

Allah menjadikan kita kurang dan lebih. Kena saling bantu membantu.

Kekuatan kita dapat membantu kelemahan yang ada kepada sahabat kita. Kelemahan kita ditampung oleh sahabat yang lain.

Tidak elok kita mengaibkan sesama sahabat, kerana kita juga ada kecacatan.

Apa akan terjadi kepada jamaah jika orang lain pula mengaibkan kita di khalayak ramai. Akhirnya yang rugi ialah PAS. - HARAKAHDAILY 31/3/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Share on Myspace