Derita Rakyat

majdan | .

Harap cerah sampai ke petang
Harap mudah dihari mendatang
Namun Malang berganti Malang

Marhain gelandang di bumi tersayang
Sabung nyawa bergalang kenyang
Sebutir padi diayak ke petang

Mengharap nasib ada pembela
Hidup dihambat duka nestapa
Lalu luka berganti luka

Sejuk malam diselimut sengsara
Panas siang dibahang derita
Rakyat petualang sembah derhaka

Sang penguasa menjarah harta
Sang Pemerintah beraja dimata
Lantas kuasa berganti kuasa

Mengerah keringat rakyat jelata
Tanah dicukai bergalang sita
Khidmat dicukai tanpa mengira
Barang dicukai merobek rasa
Segala dicukai saban masa

Derita rakyat derita kita
Susah rakyat susah kita
Perit rakyat perit kita

Keperluan mereka dilambung harga
Berumah kekal dinding tiada
Makan pagi malam dahaga
Cerah bekerja gelap berjaga

Tangan kanan mencari rezeki
Tangan kiri dirantai besi
Apalah erti BRiM di beri
Kemudian habis diragut GST

Kemana pergi belas simpati
Rakyat seperti dianaktiri
Berdagang dibumi sendiri
Mempertaruh maruah diri

Bangkitlah rakyat jiwa merdeka
Bebas dari belenggu derita
Benteras mungkar tercela
Bantah penindas durjana

Orang tua sudah berpesan
Orang muda leka jangan
Jangan sukar untuk berkorban
Mulia kita kerana perjuangan

NASRUDIN HASSAN
Padang Merbok

Share on Myspace