Katakan tidak pada fitnah

NASRUDIN HASSAN | .

Zaman ini menyaksikan fitnah makin menggila. Sukar untuk dikesan siapa pencetusnya. Apa yang pasti, kesannya sangat parah. Bukan sahaja mangsa fitnah tetapi juga membarah sampai ke urat nadi jamaah itu sendiri. Sementara usaha memulihkannya tentu sahaja mengambil masa bertahun lamanya.

Teman seperjuangan! Marilah kita berjuang tanpa fitnah. Jangan sekali-kali memfitnah dan elakkan diri dari posisi yang mencetuskan fitnah. Tentu sahaja, kita juga perlu memohon perlindungan daripada Allah swt agar tidak menjadi mangsa fitnah.

Sememangnya fitnah adalah senjata tertua di dunia untuk menentang perjuangan Islam yang di bawa oleh para anbiya' a.s termasuk Nabi kita Muhammad s.a.w. dan para pewarisnya dari kalangan alim ulamak mujahidin al-mukhlisin di sepanjang zaman.

Firman Allah swt:

لَقَدِ ابْتَغَوُا الْفِتْنَةَ مِن قَبْلُ وَقَلَّبُوا لَكَ الْأُمُورَ حَتَّىٰ جَاءَ الْحَقُّ وَظَهَرَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَارِهُونَ

Sesungguhnya mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi, dan mereka merancangkan terhadapmu (wahai Muhammad) berbagai tipu daya, sehingga datanglah kebenaran, dan nyatalah (kemenangan) ugama Allah (Islam), sedang mereka tidak suka kepadanya. (Surah at-Taubah: 48) - HARAKAHDAILY 16/4/2015

Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

Share on Myspace