Terus istiqamah kunci kejayaan

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

PAS Pusat dan PAS Pahang merakam ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas kawasan dan negeri pembantu dari seluruh negara yang telah menunjukkan semangat juang yang kental dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin kali ini.

Komitmen semua pihak adalah kunci kejayaan dalam perjuangan. Allah menyediakan ganjaran di atas apa yang kita lakukan bukan di atas keputusan yang kita perolehi. Tiada istilah gagal selagi kita istiqamah berusaha dan tidak berputus asa dalam perjuangan.

Lantaran itu, pengorbanan tenaga, wang ringgit, masa dan munajat doa dari semua pihak bukan sahaja memperkukuhkan ukuhwah dalam jamaah, bahkan imej parti yang mendasari perjuangan Islam telah berjaya kita serlahkan sepanjang kempen.

Di atas pengorbanan semua, saya ucapkan Jazakumullahu Khairan Kathiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza. Maaf di atas segala salah dan silap serta kekurangan daripada pasukan kempen PAS sekiranya ada.

Semoga Allah membalas segala usaha kita dengan keredhaan-Nya di dunia dan syurga-Nya di akhirat.

Salam takzim

Tuan Ibrahim Tuan Man
Pengerusi JK Induk PRK Rompin

Share on Myspace