Sedia kekal berkhidmat jika terus diberi kepercayaan

MOHAMAD SABU | .

Saya bersedia untuk kekal berkhidmat sebagai Timbalan Presiden PAS jika terus diberi kepercayaan oleh perwakilan dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 akan datang.

Insya Allah, saya akan terus membantu Presiden dan parti terutama dalam usaha melebarkan pengaruh PAS di kalangan orang awam, non-muslim, NGO serta para pelajar.

Kita perlu akur, selama lebih 60 tahun PAS berada di persada politik Malaysia (Malaya), sokongan orang Islam kepada PAS masih di bawah paras 50 peratus, oleh sebab itu usaha yang berterusan perlu dilipatgandakan, di samping itu PAS amat perlu melebarkan pengaruhnya kepada non-muslim dan rakyat awam.

Namun kita perlu faham, untuk mempertahankan dasar PAS dan matlamatnya serta dalam masa yang sama berusaha melebarkan pengaruh PAS kepada semua kaum dan agama, adalah kerja yang mencabar, tapi kita perlu yakin dengan kesabaran dan ketekunan kita, Insya Allah, kita akan meraih hasilannya.

MOHAMAD SABU
Timbalan Presiden PAS

Share on Myspace