Pimpinan sertai Umno, PAS terus ke hadapan

USTAZ IDRIS AHMAD | .

Apa khabar anak, menantu, suami, isteri, mertua, saudara mara yang terdekat, rakan peniagaan. Adakah mereka masih bersama dengan Umno sedangkan kita cukup marah dengan Umno?

Adakah mereka pernah mendengar seruan perjuangan kita? Adakah kita pernah mengajak mereka? Adakah kita pernah berdailog dengan mereka?

Kalau kita sudah buat alhamdulillah. Tetapi jika orang yang dekat dengan kita pun, kita tidak berdakwah. Apa yang kita hendak harapkan orang lain. Nabi SAW memulakan orang terdekat dengannya dahulu.

Di bulan Rejab ini, tidak perlulah bawa cerita PAS hendak bergabung dengan Umno. Kalau ada individu di kalangan pimpinan PAS yang hendak berbuat demikian, biarlah dia seorang yang mati kempunan.

PAS ada dasar dan prinsip serta organisasi yang teratur, sukar untuk diubah. Hebat macam mana pun seorang individu dalam PAS ia tidak boleh menentu hala tuju parti. Berapa ramai di kalangan pimpinan tertinggi parti yang menyertai Umno, tetapi PAS terus memacu ke hadapan.

Share on Myspace