Presiden PAS halang kabinet bayangan: Suatu pandangan

AHMAD FADHLI SHAARI | .

SAYA membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung dengan isu kabinet bayangan (shadow cabinet) yang disebut kembali oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Menurut Guang Eng, individu yang menjadi penghalang kepada pembentukan kabinet bayangan ini ialah Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Saya puas untuk berusaha bersangka baik, namun gagal untuk mengenepikan prejudis saya bahawa serangan ke atas peribadi Presiden PAS ini sebenarnya berkait rapat dengan Muktamar Tahunan PAS yang akan diadakan pada bulan hadapan. Ini bukanlah serangan kali pertama bahkan masih segar kenyataan bagaimana kenyataan dari pemimpin tertinggi DAP ini bahawa parti itu memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi mengekalkan hubungan dengan parti PAS.

Saya harap Guan Eng jangan terlupa bahawa isu kabinet bayangan bukan hanya timbul hari ini. Ia telah timbul sebelum PRU13 lagi. Ketika disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia berhubung kabinet bayangan Pakatan Rakyat, Guan Eng menyelarnya dan ini boleh dirujuk di pautan: http://www.malaysiakini.com/news/210849. Ya, memang itu fitnah dan wajib dinafikan. Dan penafian itu sebenarnya secara tidak langsung menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah berhasrat menggariskan kabinet bayangan sebelum memenangi Putrajaya.

Saya ingin mengingatkan Guan Eng bahawa ketika cabaran terhadap Pakatan Rakyat menampilkan kabinet bayangan sebelum PRU13, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyebut "insisted that shadow cabinet was only practised in the UK and Australia and not in the United States, France, Thailand and Indonesia.." (menegaskan bahawa kabinet bayangan hanya diamalkan di United Kingdom dan Australia dan tidak di Amerika Syarikat, Perancis, Thailand dan Indonesia).

Bahkan, Wan Azizah sendiri pada masa itu menyatakan, "the inability of the opposition coalition, which recently presented a "shadow budget", to set up a shadow cabinet is a "non-issue.." (ketidakupayaan -saya ingin menterjemahkan ia sebagai keengganan - pakatan pembangkang, yang baru-baru ini membentangkan "Bajet bayangan", untuk menubuhkan kabinet bayangan adalah "bukan isu")

Kedua-dua kenyataan ini boleh dirujuk di pautan: http://www2.nst.com.my/…/pkr-chief-shadow-cabinet-a-non-iss…

Guan Eng juga jangan terlupa dengan kenyataan pimpinan DAP sendiri, Dr Tan Seng Giaw yang menyebut pada 1 Oktober 2012 bahawa "...a move by Pakatan Rakyat to name a shadow Cabinet ahead of the coming polls would be akin to “putting the cart before the horse...” (langkah yang - didesak untuk - diambil oleh Pakatan Rakyat untuk menamakan Kabinet bayangan menjelang pilihan raya akan datang akan menjadi seperti "meletakkan kereta sebelum menyediakan kuda).

Dan menarik sekali kata beliau berhubung kabinet bayangan ini, "How can we come out with a list when we do not even know which of our leaders of calibre will win or not in the polls..?" (Bagaimana kita boleh keluar dengan senarai kabinet yang kita sendiri pun tidak tahu yang mana satu pemimpin-pemimpin kita yang berkaliber akan menang atau tidak dalam pilihan raya). Ia boleh dirujuk di pautan berikut : http://www.thestar.com.my/…/2012/10/02/Shadow-Cabinet-prem…/

Dalam erti kata lain, di dalam parti DAP sendiri pun ada pemimpin yang mempunyai pandangan berbeza berhubung isu kabinet bayangan dan padangan itu sebelum PRU13 dianggap sebagai tepat.

Akhirnya, saya juga suka merujuk kepada tulisan yang dimuatkan oleh bapa Guan Eng sendiri di dalam blognya. Sekalipun bukan tulisannya dan laman tersebut pula bukanlah laman rasmi beliau, namun memuatkan tulisan tersebut di dalam blog yang memaparkan berhubung Lim Kiat Siang itu seolah-olah membayangkan ada persetujuan beliau dengan pandangan penulis.

Di dalam tulisan bertajuk Should Pakatan Reveal Its Shadow Cabinet? yang ditulis oleh Kee Thuan Chye, penulis menyatakan, "To me, the question of whether PR is ready to be the federal government is an unfair one. Was the Alliance ready to rule when the British handed the administration to it in the 1950s?" (Bagi saya, persoalan sama ada PR sudah bersedia untuk menjadi kerajaan persekutuan adalah satu yang tidak adil. Adakah Perikatan bersedia untuk memerintah apabila British menyerahkan pentadbiran kepadanya dalam tahun 1950-an?)

Penulis menyatakan lagi, "So why do we really need to know PR’s shadow Cabinet? Why do we demand so much of PR simply because it may be the new kid in government if it wins? Do we know what Najib’s Cabinet will be if BN wins? He’s likely to reshuffle it, but do we demand to know the likely line-up? I haven’t heard anyone asking. So why pick on PR? (Jadi mengapa kita benar-benar perlu tahu bayangan PR Kabinet? Mengapa kita menuntut sekian banyak daripada PR semata-mata kerana ia mungkin kanak-kanak yang baru dalam kerajaan jika menang? Adakah kita tahu bentuk Kabinet Najib jika BN menang? Dia mungkin merombak, tetapi adakah kita menuntut untuk mengetahui bayangan barisannya? Saya tidak pernah mendengar sesiapa yang meminta. Jadi mengapa memberikan tekanan kepada PR?)

Menarik tulisannya dan boleh dirujuk di pautan : http://blog.limkitsiang.com/…/should-pakatan-reveal-its-sh…/

Saya hanya ingin menyatakan bahawa, jika sebelum PRU13, kita boleh untuk menerima tiada kabinet bayangan sebelum Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya, maka kenapa hari ini Lim Guan Eng tiba-tiba menyalahkan Presiden PAS? Adakah kerana Anwar Ibrahim sudah berada di dalam penjara, maka kita terdesak untuk menamakan bakal Perdana Menteri dan bimbangkan bahawa Presiden PAS menjadi pilihan, maka tekanan diletakkan ke atas beliau.

Jangan nanti orang berkata, Guan Eng sedang berkempen untuk pemilihan di dalam muktamar. Saya bimbang selepas ini untuk tujuan kempen timbul pula isu Presiden PAS menjadi penghalang pilihan raya kerajaan tempatan diadakan, atau Presiden PAS menjadi penghalang kepada pembinaan terowong bawah laut.

Janganlah melampau sangat menyerang Presiden kami. Dan sebelum sesiapa memarahi saya kerana tidak bersetuju dengan Guan Eng, saya ingin memaklumkan bahawa pendirian ini sama sahaja dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Mahfuz Omar yang juga tidak bersetuju dengan kenyataan Lim Guan Eng. Rujuk sahaja: http://www.malaysiakini.com/news/298923. Saya hanya menurut sahaja. – HARAKAHDAILY 20/5/2015

Penulis ialah Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Share on Myspace