Golongan istiqamah tak kecewa, gugur dari medan perjuangan

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .

Kita bersama PAS untuk perjuangkan dakwah dan kuasa untuk Islam. Ada yang terus istiqamah dengan perjuangan sehingga akhir hayat. Ada yang gugur di tengah jalan.

Mereka yang beriman dengan perjuangan kemudian istiqamah maka para Malaikat akan turun membisikkan kata-kata semangat "janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu sedih dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepada kamu". (petikan ayat 30 surah Fussilat)

Mereka yang tidak istiqamah akan mudah kecewa. Namun, kekecewaannya tidak akan mematahkan semangat mereka yang masih yakin dengan masa depan perjuangan. Kemenangan adalah pasti milik Islam sama ada cepat atau lambat.

Istiqamah maknanya mengikuti jalan yang lurus seterusnya tetap atas jalan yang lurus.

Apabila kita bersama dengan perjuangan Islam lalu tidak mengikuti jalan yang lurus dan tidak tetap di atas jalan itu maka tergelincirlah kita daripada perjuangan. Lalu kekecewaan adalah bisikan syaitan kepada golongan yang gagal istiqamah.

Ya Allah, jadikanlah daku di kalangan orang yang Istiqamah dan tidak kecewa dengan masa depan perjuangan yang masih panjang. - HARAKAHDAILY 25/5/2015

Share on Myspace