PAS di landasan yang tepat

USTAZ IDRIS AHMAD | .

Kadang-kadang kita nampak satu sahaja kelemahan orang yang kita benci. Sedangkan kita lebih banyak mengetahui kelemahan dan kekurangan yang ada kepada diri kita.

Marilah sama-sama kita mentarbiah diri supaya kita nampak kekurangan dan kecacatan yang ada kepada kita lebih banyak daripada orang lain.

Walaupun sukar itulah kebaikan untuk diri kita dan juga jamaah.

Ada orang hendak suruh PAS bergerak secara sirr (rahsia) seperti Ikhwan di Mesir supaya PAS dapat membina kualiti bukan kuantiti. Ini satu pandangan yang tidak memahami realiti semasa.

Hendak suruh PAS ikut Erdogan AK Parti di Turki supaya jangan bercakap Islam dan iktiraf sekular supaya melayan kehendak sokongan kepada PAS.

Mungkin pandangan ini tidak melihat sejarah Turki dan Malaysia.

Jika PAS berbuat demikian, inilah yang ditunggu oleh musuh PAS untuk menghancurkan PAS sebagai sebuah parti Islam. Akhirnya Umno yang pragmatis dianggap sebagai parti Islam.

Insya Allah PAS berada di landasan yang tepat. - HARAKAHDAILY 2/6/2015

Share on Myspace