Gempa Sabah: Cari peluang nak balun Tuan Guru

USTAZ IDRIS AHMAD | .

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar meninggalkan bangunan ketika taklimat perkembangan gempa bumi Sabah di Kundasang selepas berlaku gegaran susulan jam 1.35 petang, semalam.‎ Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Kalau sudah benci jangan sampai hilang kewarasan.

Gempa bumi di Sabah pun hendak mencari peluang balun Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang apabila berita Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di tempat kejadian.

Laporan berita yang diviral oleh pahlawan di alam siber seolah-olah ada UG di tempat gempa bumi.

Kesian siapa yang berkelakuan demikian.

Pemain media sosial janganlah membuat dosa kering untuk mengadu domba selepas pemilihan.

Orang yang bertanding tidak ada masalah, kenapa pula orang lain pula yang meracau selepas muktamar. Tidak perlulah berperangai sedemikian.

Saat kematian sedang menunggu kita semua. Cuba renunglah ke hadapan apakah kerja ini boleh mendapat pahala.

Kalau kita merasakan ini boleh mendapat pahala. Silakanlah, tidak ada siapa pun yang boleh melarang.

Anda bebas hendak menulis apa sahaja sebelum Malaikai Izrail mengambil nyawa. - HARAKAHDAILY 8/6/2015

Share on Myspace