Sunguh-sungguh pelihara hati

USTAZ IDRIS AHMAD | .

Kita perlu memelihara hati dengan sungguh-sungguh supaya Allah merahmati hidup kita dan mendapat kesejahteraan ketika menemui Allah SWT di hari akhirat kelak.

Mintalah pertolongan kepada Allah supaya Allah meneguhkan hati kita. Sebagaimana doa yang terdapat di dalam al-Quran, bermaksud “Ya Allah janganlah engkau sesatkan hati kami sesudah engkau tunjukkan kami (jalan yang lurus). Dan berilah kami rahmat dari sisi-Mu Engkau amat suka memberi”. (Al-Imran: 8)

Puasa

Puasa melatih hambanya membersihkan niat hanya kepada Allah SWT dalam beramal.

Ibadah lain, manusia tidak boleh menipu orang lain jika seorang tidak melakukannya. Contohnya seorang tidak sembahyang , rakan, isteri, dan orang yang rapat dengannya akan ketahui bahawa beliau seorang yang tidak menunaikan solat.

Tetapi ia berlainan dengan ibadah puasa ia memang benar-benar ikhlas kepada Allah SWT.

Takwa

Kita perlu membawa bekalan taqwa untuk bertemu dengan Allah SWT ketika kita meninggal dunia.

Taqwa merupakan bekalan yang amat penting untuk pejuang agama Allah SWT.

Taqwa adalah pra syarat untuk Allah memberi bantuan kepada hamba-hambanya yang bertarung di medan dakwah yang penuh dengan ranjau dan duri.

Share on Myspace