Kamu mengeluh?

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

Wahai sahabatku, kamu mengeluh?

Sedikit tazkirah dari sahabat untuk sahabat untuk perkongsian:

Ketika kita mengeluh: “Ishh, aku penat sangat."

ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“Dan Kami jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba': 9)

Ketika kita mengeluh: “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku."
ALLAH menjawab: (لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya.” (Al-Baqarah: 286)

Ketika kita mengeluh: “Serabutnya."
ALLAH menjawab:
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dgn mengingatKU hati akan menjadi tenang” (Ar-Ra'd: 28)

Ketika kita mengeluh: “Apa yg aku buat ni semua sia sia."
ALLAH menjawab:
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya”.
(Al-Zalzalah: 7)

Ketika kita mengeluh: “Takde sorang pun yang nak tolong aku."
ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”. (Al-Ghafir: 60)

Ketika kita mengeluh: “Aku sedih sangat.” ALLAH menjawab: ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah beserta kita. (At-Taubah: 40)

Wahai sahabatku, jangan banyak mengeluh. Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini dengan taqwa dan tawakkal.
Semoga menjadi insan yang bertakwa.
Hadapi dengan tenang.

Semoga berjaya, wahai sahabatku.

Terdapat dua jenis manusia:
1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan.
2. Bila dia baca sesuatu yang bermanfaat dia sebarkan.

Senyum. - HARAKAHDAILY 25/6/2015

Share on Myspace