Infaq fi sabilillah

NASRUDIN HASSAN | .

1. Sahabat Seperjuanganku
Kekuatan harta atau material antara kekuatan yang mesti dipersiapkan oleh Harakah Islamiyyah seiring dengan penyediaan kekuatan spiritual dan fizikal.

Hayati firman Allah swt: وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh) dengan segala kekuatan yang dapat kamu sediakan dan terdiri dari pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu akan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (Surah Al-Anfaal: 60)

2. Sahabatku
Gerakan Islam beroperasi diatas pengorbanan anggotanya yang memiliki kesedaran dan keinsafan berjuang untuk menegakkan syariat dan syiar Islam di negara tercinta ini. Pertolongan Allah swt yang kita dambakan selama ini tidak bermakna tanpa didahulukan dengan pengorbanan.

3. Sahabatku
Setiap pejuang mesti siap dalam keadaan ringan atau berat untuk memberikan segalanya buat perjuangan Islam yang suci ini. Inilah yang terbaik buat kita.

Firman Allah swt: انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan Allah), sama ada dalam keadaan ringan ataupun dalam keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Sedemikian itu amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Surah At-Taubah: 41)

4. Sahabatku
Sama ada infaq wajib mahupun infaq sunat, wajarlah kita salurkan kepada perjuangan ini. Terlalu banyak kerja Amal Islami yang akan diuruskan oleh jamaah dan ia memerlukan dana kewangan yang mencukupi. Sementelah kita berada di bulan Ramadhan ini, pastinya ganjaran berlipat ganda daripada Allah swt.

5. Sahabat Seperjuanganku
Antara sumbangan tetap para pejuang sekelian sebagai anggota jamaah ialah paling minima menginfaqkan RM4 seminggu dengan membeli 2 keluaran HARAKAH setiap minggu. Bukan sahaja kita menyumbang tetapi mampu mendapat ilmu dan maklumat serta menyebarkannya kepada yang lain.

Hayatilah firman Allah swt mengenai kelebihan mereka yang infaqkan harta buat perjuangan Islam.
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah Al-Baqarah: 261) - HARAKAHDAILY 25/6/2015

Share on Myspace