Peristiwa besar dalam bulan Ramadhan

. | .

1) Nuzul Al Quran berlaku pada 24 Ramadhan (mengikut pendapat yang paling kuat) 13 tahun sebelum Nabi Berhijrah ke Madinah.

2) Muktamar yang pertama dalam sejarah Islam berlaku dalam bulan Ramadhan pada tahun kedua Hijrah Nabi (perbincangan Nabi dan Ahli Syura di kalangan para sahabat untuk menyekat rombongan Abu Sufyan yang akhirnya menjadi punca perang Badr Al Kubra).

3) Pembunuhan terhadap -"Firaun ummat ini" - Abu Jahal di dalam peperangan Badr berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah.

4) Pembukaan Kota Makkah pada 20 Ramadhan bersamaan tahun 8 Hijrah dan Nabi menghancurkan patung Berhala di sekeliling Kaabah dan berhala yang paling besar bernama Hubal.

5) Pada 24 Ramadhan bersamaan tahun 8 Hijrah, Rasulullah S.A.W menghantar Saad bin Zaid Al Asyhali untuk menghancurkan berhala yang paling lama "Manat" yang terletak di kawasan pantai antara Makkah dan Madinah.

6) Pada 25 Ramadhan bersamaan tahun 8 Hijrah, Nabi menghantar Saifullah Al Maslul - Khalid Al Walid bersama 30 Mujahideen untuk menghancurkan berhala "Uzza" yang merupakan berhala terbesar yang terletak 9 KM dari Kota Makkah.

7) Pada tahun 9 Hijrah di dalam bulan Ramadhan Nabi menghantar Abu Sufyan dan Mughirah bin Syu'bah ke Bandar Thaif untuk menghancurkan berhala "Lata".

8) Pada Bulan Ramadhan tahun 9 Hijrah, Allah membuka pintu hati penduduk Thaif untuk beriman kepada Rasulullah S.A.W, yang sebelum ini mereka menentang Nabi selama 20 tahun.

9) Pada bulan Ramadhan tahun 223 Hijrah, Khalifah Al Mu'tasim bin Rasyid menawan Kota Ammuriyyah yang terletak di negara Turki berpunca apabila beliau mendapat berita seorang Muslimat ditangkap oleh tentera Rom lalu Muslimat ini menjerit "وا معتصماه" "wahai Mu'tasim selamatkan aku".

10) Pada bulan Ramadhan tahun 492 Hijrah Ummat Islam telah dikejutkan dengan peristiwa yang sangat menyedihkan apabila Masjid Al Aqsa ditawan oleh tentera Salib (kemudian dibebaskan oleh Sultan Salahuddin Al Ayyubi pada hari Jumaat 27 Rejab tahun 583 Hijrah).

11) Pada bulan Ramadhan tahun 587 Hijrah Sultan Salahuddin Al Ayyubi menawan kota Asqolan yang cantik sehingga diberi gelaran "عروس الشام" -pengantin As Syam- yang terletak di Palestin.

12) Pada 25 Ramadhan tahun 658 Hijrah, Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz menawan Ain Jalut di utara Palestin dan merampasnya dari tentera Tatar yang diketuai oleh Hulako.

13) Pada 14 Ramadhan tahun 666 Hijrah, Sultan Zohir Bibriz menawan Kota Antakiya yang terletak 19 km antara sempadan Turki-Syria (utara Syria) yang dikuasai oleh tentera Kristian.

Disediakan oleh

Ustaz Mohammad Nazmi Abdul Karim
Pengerusi Lujnah Penyelidikan Dewan Ulama PAS Negeri Selangor.

Share on Myspace