Ya Allah, sudah separuh Ramadhan

USTAZ IDRIS AHMAD | .

Ya Allah masa bergerak begitu pantas, sudah separuh Ramadhan kita menunaikan puasa. Terasa sekejap sahaja masa berjalan.

Inilah tanda akhir zaman kerana dunia sudah hendak kiamat.

Apakah kita sudah bersiap untuk menghadapi hari yang dahsyat, manusia yang bertempiaran sesama sendiri?

Hanya bekal amal yang akan menyelamatkan kita bersama.

Insya Allah sama-sama kita gandakan amal kita dan pacukan perjuangan kita agar ia menjadi penyelamat.

Dosa

Jangan biarkan hati kita keras akibat dosa yang kita lakukan.

Dosa ibarat bom yang boleh meruntuh dinding ketaatan kepada Allah dan diganti dengan nafsu jahat sehingga tertutup pintu kebenaran.

Kita boleh meneliti diri kita, jika kita berat hendak membuat makruf dan suka kepada maksiat, maka kita perhatikan apakah dosa kita dengan Allah SWT. - HARAKAHDAILY 3/7/2015

Share on Myspace