Perjuangan Islam tidak semudah ABC

USTAZ IDRIS AHMAD | .

Perjuangan Islam tidak semudah ABC. Ia tidak cukup dirangka di dalam bengkel strategik yang penuh dengan teori, tetapi belum tentu boleh dilaksanakan di medan lapangan.

Ia memerlukan ketekunan dan mujahadah yang tinggi di kalangan pemimpin dan pendukung.

Gangguan dalaman dan luaran merupakan sunnah perjuangan. Tetapi dengan keberkatan bersama jamaah ia dapat diatasi dengan baik. Inilah PAS.

Tenang

Apa lagi yang kita hendak cari di dalam hidup ini selain daripada nikmat ketenangan. Berapa ramai manusia yang memiliki gedung kekayaan tetapi tidak memperolehi ketenangan.

Berapa ramai yang berada di puncak kuasa, namun tidak juga memperolehi ketenangan.

Semoga Allah berikan ketenangan kepada kita.

Share on Myspace