Syawal barakah buat semua

USTAZ MOHAMMAD IBRAHIM | .

 

TANGGAL 18 Julai semua umat Islam akan menyambut hari kemenangan, hari dimana umat Islam merayakan kemenangan selepas sebulan berpuasa, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, sebaliknya menahan diri dari melalukan perkara perkara yang dilarang.

Setelah sebulan bertarung dalam madrasah Ramadhan dan kembali kita menjalani rutin harian termasuk bermula awal pagi bersarapan hingga adanya supper lewat malam, namun ilmu yang kita kutip sebulan dalam madrasah Ramadhan usah dipersiakan.

Syawal yang kita raikan ini akan lebih bermakna dengan kita bersyukur kehadirat Illahi kerana kita berjaya mengawal nafsu yang ada dalam diri kita dalam melepasi tuntutan madrasah Ramadhan.

Kepada seluruh umat Islam di Malaysia saya mendoakan Syawal kali ini adalah syawal yang memberi makna menjadikan kita hamba Allah yang bertaqwa.

Kepada penghuni kota yang mahu pulang beraya NGO Tautan Rahmat ingin berpesan agar berhati hati di jalan raya dan usah memandu dalam keadaan yang merbahaya. Sekiranya letih dan mengantuk berehat lah sebentar bagi mengumpul tenaga untuk pemanduan yang lebih sinergy.

Dalam meraikan hari kemenangan ini juga usah kita lupa kepada yang memerlukan, fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim, saudara baharu, warga emas, gelandangan dan saudara seIslam kita di Kemboja, Palestine, Syria, Afghanistan, Chenhnya, dan di seluruh dunia.

Semoga lebaran ini membawa rahmat kepada kita semua. Salam 1 Syawal, maaf lahir dan batin. – HARAKAHDAILY 14/7/2015

Pengerusi NGO Dakwah Tautan Rahmat Malaysia

Share on Myspace