Lafaz baiah calon PAS menggerunkan bila dibaca

USTAZ IDRIS AHMAD | .

Inilah lafaz Bai'ah setiap calon PAS sebelum bertanding di dalam pilihan raya.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihanraya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini. Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat".

Pengalaman saya memang menggerunkan apabila lafaz ini dibaca. Ya Allah engkau peliharalah hati aku.

Saya memohon mereka yang membaca catatan dhuha saya, agar berdoa kepada Allah supaya Allah memberi kekuatan kepada saya untuk beramal apa yang saya tulis.

Saya takut, saya tidak beramal dengan apa yang saya tulis. Memang tulis dan cakap amat mudah. Tetapi apabila diuji, baru kita tahu diri kita sebenarnya. - HARAKAHDAILY 15/7/2015

Share on Myspace