Istiqamah dalam amalan

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

Istiqamah dalam amalan sebelum boleh istiqamah dalam perjuangan.

Kita boleh habiskan sebulan puasa Ramadhan, tetapi belum tentu mampu menghabiskan puasa 6 hari pada bulan Syawal.

Kita mampu menghabiskan tarawih 20 rakaat, namun belum tentu mampu sembahyang dua rakaat nawafil.

Kita mampu menghabiskan satu juzuk al-Quran satu malam pada Ramadhan, namun belum tentu kita mampu menghabiskan satu muka bulan lain.

Kita mampu setiap malam ke masjid iktikaf, tetapi belum tentu mampu melangkah semula ke masjid bulan lain seperti Ramadhan.

Senyumlah pada diri sendiri... Lalu muhasabah diri untuk istiqamah dalam amalan sebelum boleh istiqamah dalam perjuangan. - HARAKAHDAILY 20/7/2015

Share on Myspace