Semoga Allah kekal saya bersama PAS

USTAZ IDRIS AHMAD | .

PAS mentarbiah saya erti hidup dan perjuangan. Memahamkan saya Islam yang syumul.

Mendidik saya untuk cintakan ilmu dan membetulkan akhlak yang buruk. Mendidik saya untuk cakna kepada orang miskin dan golongan mustad'afin.

Memperkenalkan saya tentang tingkah laku masyarakat. Memberi peluang kepada saya mendekati berbagai lapisan masyarakat yang jahil, cerdik, fasiq, dan warak.

Semenjak sekolah rendah saya kenal PAS. Semasa di universiti walaupun di sana ada Abim, IRC, Tabligh, Arqam, Abim Perlis, PAS tetap menjadi pilihan walaupun PAS dianggap dagang ketika itu.

Sewaktu menjadi pensyarah ITM saya memegang jawatan Exco Pemuda PAS Malaysia.

Sekarang umur pun sudah 52 tahun, dekat lubang kubur. Semoga Allah kekal saya bersama dengan PAS. Biarlah menjadi motivasi anak cucu saya untuk meneruskan wadah perjuangan PAS. - HARAKAHDAILY 23/7/2015

Share on Myspace