Apa itu bahagia?

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

Bagi orang miskin, ada duit itu dikira bahagia.

Bagi orang cacat, boleh jalan itu dikira bahagia.

Bagi orang buta, boleh lihat itu dikira bahagia.

Bagi pengemis, ada makanan itu dikira bahagia.

Bagi orang sakit, asalkan boleh teruskan hidup itu dikira bahagia.

Bagi orang beriman, ada Allah di hati itu dikira bahagia. Bahagia apabila sentiasa dalam keredhaan Allah di dunia dan terlepas dari kemurkaan dan azab Allah di akhirat.

Bagi kamu pula, apa lagi yang diperlukan baru dikira bahagia?

Senyum. - HARAKAHDAILY 27/7/2015

Share on Myspace