Apa penyakit Lim Guan Eng?

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .

Kenyataan pimpinan DAP khususnya Lim Guan Eng (LGE) yang berterusan melakukan provokasi terhadap Presiden PAS menggambarkan akhlak rendah yang dimiliki oleh mereka.

Ia mengesahkan lagi kebenaran tindakan PAS memutuskan hubungan politik dengan DAP. DAP bukanlah pimpinan harapan rakyat Malaysia.

Terakhir, kenyataan tidak berasas oleh LGE dilaporkan oleh
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/will-you-apologise-now-for-defending-najib-dap-asks-hadi

Bagi saya, sememangnya LGE sedang berhadapan dengan penyakit politik yang serius iaitu penyakit "gatal mulut".

Rakyat Malaysia tidak lagi boleh bergantung harap terhadap Umno dan BN yang telah mencetuskan krisis kepimpinan politik dan ekonomi negara.

Namun dalam masa yang sama DAP juga bukan harapan rakyat. Menggantungkan harapan negara dipimpin oleh parti seumpama DAP bakal meletakkan negara ke lembah kehancuran.

Sampai masa rakyat Malaysia pelbagai kaum bersama dengan PAS bagi melakar politik baru yang lebih stabil, adil, berakhlak dan berkebajikan. Tinggalkan DAP dan Umno. Jangan biarkan negara tergadai di tangan ahli politik cauvinis dan berkepentingan seperti DAP dan Umno.

PRU14 akan menyaksikan orang Islam Melayu khususnya dan pelbagai kaum bakal mengajar DAP yang sombong dan angkuh berpolitik khususnya di Pulau Pinang.

# Selamatkan Malaysia

Share on Myspace