Pemergian Haji Adam, pejuang yang istiqamah

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .

قَالَ النَّبِيُّ صَلّى الله عليه وسلم ( إِنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ وَلَهُ مَا أَعْطَى وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمَّى

Sabda Nabi s.a.w; "Sesungguhnya menjadi milik Allah apa yang diambil oleh-Nya dan menjadi milik-Nya apa yang diberikan oleh-Nya. Setiap sesuatu di sisi-Nya adalah dengan tempoh yang telah dinamakan". (Hadis Sahih Muslim)

1. Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tuan Hj Adam Ahid atas pemergian Allahyarham awal pagi tadi. Juga diucapkan takziah kepada seluruh ahli-ahli PAS khususnya kepada seluruh jentera PAS di Sarawak atas kehilangan Pesuruhjaya Negeri mereka.

2. Sesungguhnya pemergian beliau adalah lambang Istiqamah seorang pejuang Islam menerusi wadah Parti Islam Semalaysia PAS.

3. Kata-kata terakhir beliau dalam wawacara pada 9 Ogos 2015 sebagaimana dilaporkan oleh Wartawan Harakah boleh dijadikan ikutan dan tauladan; "Itulah pengalaman dan harap kita dalam PAS ini istiqamanah dalam perjuangan walaupun tak menang di dunia ini janji Allah kita akan menang di akhirat nanti insya-Allah."

4. Moga Allah tempatkan Allahyarham di kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada' dan Solihin. Merekalah sebaik-baik teman di alam abadi.

5. Moga segala amal perjuangan Allahyarham sepanjang diamanahkan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak sejak tahun 2010, menjadi calon PAS untuk pilihan raya di Dun Sadong Jaya pada tahun 2001, Parlimen Batang Sadong pada tahun 2004 dan di Dun Sebuyau pada tahun 2011 menjadi sebahagian amalan di neraca amal kebajikan Allahyarham.

Moga kita semua juga dikurniakan nikmat Istiqamah tersebut.

Sekian.

Istiqamah Hingga Kemenangan

Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Isnin 2 Zulkaedah 1436H bersamaan 17 Ogos 2015

Share on Myspace