Kalau yang dihina itu betul, mungkin itu kifarat

USTAZ IDRIS AHMAD | .

Nikmat

Hidup ialah nikmat anugerah Allah kepada manusia. Ia juga merupakan satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan muka bumi ini.

Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: “Orang yang terbaik di kalangan manusia ialah orang yang panjang umur dan baik pula amalannya”.

Manfaatkanlah umur untuk perjuangan Islam. Kerana setiap detik dan saat akan dihisab di hadapan Allah SWT.

Kondusif

Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap lembut perwatakannya tetapi tegas pada prinsip.

Saya masih ingat apabila ada seorang tokoh agama yang mengatakan bahawa Kelantan tidak kondusif lagi untuk hendak laksanakan Qanun Jenayah Syariah.

Beliau dengan tegas menjawab, Kelantan sudah lama kondusif. Beliau tidak pernah berganjak dan bertolak ansur pada perkara prinsip.

Fitnah

Difitnah dan dihina merupakan perkara yang lumrah kepada seorang yang menjadi pemimpin.

Sewaktu dihina jangan kita berduka cita dan kecewa, mungkin itu ujian yang harus diterima.

Kalau apa yang dihina itu betul, mungkin itu kifarat Allah atas kesalahan kita.

Jika itu fitnah, kita mengharapkan Allah memberi pahala dan biarlah Allah yang menghukum mereka yang melakukan fitnah.

Share on Myspace