Mendampingi golongan miskin

Ustaz Muhamad Naim Hashim | .

Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda:

قَالَ:«اللَّهُمَّ أَحْيِنِى مِسْكِينًا وَأَمِتْنِى مِسْكِينًا وَاحْشُرْنِى فِى زُمْرَةِ الْمَسَاكِينِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ». فَقَالَتْ عَائِشَةُ لِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ «إِنَّهُمْ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ قَبْلَ أَغْنِيَائِهِمْ بِأَرْبَعِينَ خَرِيفًا يَا عَائِشَةُ لاَ تَرُدِّى الْمِسْكِينَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ يَا عَائِشَةُ أَحِبِّى الْمَسَاكِينَ وَقَرِّبِيهِمْ فَإِنَّ اللَّهَ يُقَرِّبُكِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ»

“Ya Allah, hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, matikanlah aku dalam keadaan miskin dan kumpulkanlah aku bersama dengan orang-orang miskin pada hari kiamat”. Sayidatina Aisyah r.ha berkata: "Mengapa wahai Rasulullah engkau meminta demikian?. Sabda Rasulullah saw: "Orang-orang miskin itu masuk ke dalam syurga 40 tahun sebelum orang-orang kaya. Wahai Aisyah, janganlah engkau menolak orang miskin walau dengan sebelah kurma. Wahai Aisyah, cintailah orang miskin dan dekatlah dengan mereka kerana Allah akan dekat denganMu pada hari kiamat" (HR at-Tirmizi. Syaikh Al-Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih. Imam Ibnu Atsir rahimahullah berkata “miskin” dalam hadis di atas adalah tawadhuk)

Nabi saw memberitahu kita semua bahawa sesiapa yang dekat dengan orang miskin bererti semakin dekat dengan Allah swt pada hari kiamat kelak. Ini satu dorongan serta peluang besar untuk kita rebut.

Namun perlu diingat, mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka, iaitu dengan membantu, menolong mereka dan ambil berat serta ambil tahu segala hal ehwal berkenaan mereka seperti makan minum, kesihatan, pendidikan dan juga hal berkaitan dunia dan akhirat. Jadi bukan hanya sekadar dekat dengan mereka semata-mata.

Mencintai orang miskin adalah landasan kecintaan pada Allah swt.

Penulis ialah AJK Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.

Share on Myspace