Soalan saya di Sidang Parlimen

majdan | .

Soalan saya di Sidang Parlimen 19/10/15 hingga 3/12/2015

Soalan Jawab Lisan
1. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kenapakah pencapaian jalur lebar berkelajuan tinggi masih lemah, walaupun berhampiran dengan bandar sedangkan dalam bajet 2015 kerajaan memperuntukan sebanyak RM2.7 bilion untuk membina menara telekomunikasi baharu dan memasang kabel dasar laut bagi mencapai tujuan tersebut.?

2. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak Kementerian Pendidikan bercadang menjadikan subjek Pendidikan Islam sebagai subjek teras untuk pelajar Islam, pelajaran moral untuk pelajar bukan Islam memandangkan masalah sosial di kalangan pelajar semakin meruncing.?

3. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta TIMBALAN PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah wang RM2.6 bilion yang dikatakan diderma kerana Malaysia mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengamal konsep kesederhanaan dan aktif memerangi keganasan itu, dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri sedangkan sepatutnya terus ke Kementerian berkaitan.?

4. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar yang dibuang daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana disabit kesalahan moral daripada tahun 2010 hingga September 2015.?

5. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk terus meletakkan gaji permulaan Doktor dengan skim gaji UD48 sebagai tanda penghargaan terhadap ilmu yang mereka miliki memandangkan bidang kedoktoran merupakan bidang yang sukar dan panjang tempoh pengajiannya.?

6. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah kriteria yang ditentukan untuk guru ganti apabila guru sekolah tersebut cuti bersalin, menunaikan haji dan cuti tanpa gaji bagi memastikan guru ganti tersebut mampu mengajar subjek dan menamatkan silibus yang ditinggal oleh guru yang bercuti.?

7. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah pencapaian peratus siap pembinaan sekolah di bawah RMK 10 mengikut negeri-negeri dan apakah tindakan yang diambil terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek yang ditetapkan.?

8. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hutang kerajaan kepada kontraktor yang telah menyiapkan sekolah, tetapi masih belum mendapat bayaran pada berakhir 31 Disember 2014.?

9. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah pihak kerajaan sudah membuat kajian baik buruk mengenai restoran 24 jam terhadapa kesan sosial dan kesihatan kepada penduduk di negara ini.?

10. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI PERTANIAN dan INDUSTRI ASAN TANI menyatakan apakah langkah kerajaan bagi memastikan supaya tanah sawah dikekalkan untuk jaminan keselamatan makanan memandangkan beras merupakan makanan ruji penduduk negara ini.?

Soalan Jawab Bertulis
1. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN dan KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk menghalang peningkatan harga rumah yang melambung, khususnya bagi mereka yang hendak memiliki rumah pertama.?

2. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan jumlah hutang PTPTN terkini dan kepada Institusi kewangan manakah PTPTN berhutang beserta jumlahnya.?

3. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI, menyatakan status pembelian peralatan Digital Autopsy Diagnostics Station (DADS) di Unit Forensik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia secara rundingan terus oleh Syarikat Srimelan Sdn Bhd.?

4. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah drastik yang telah diambil kerajaan untuk menstabilkan kembali nilai Ringgit memandangkan nilai Ringgit semakin mengucup berbanding dolar Amerika.?

5. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah agensi umrah yang telah diambil tindakan kerana menjalankan operasi yang menipu pelanggan sejak tahun 2000 hingga 2015 mengikut negeri-negeri? – HARAKAHDAILY 21/10/2015

Share on Myspace