Profesion Kesihatan: Iktiraf profesion dan jaga kebajikan

DR IZANI HUSIN | .

KALAU kita tengok Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu bagi pandangan saya setiap profesion sudah tentu dia ada isu-isu yang tersendiri. Isu kebajikan, isu pengiktirafan, isu legal dan sebagainya, isu perjawatan dan sebagainya.

Maka sudah tentulah profesion-profesion ini mesti ada badan yang menguruskannya. Saya rasa rang undang-undang ini sepatutnya sudah lama dibentangkan iaitu dari sudut melihat kepentingannya.

Kepentingan mengiktiraf profesion ataupun kompetensi dengan sendirinya kita mengiktiraf kompetensi profesion kesihatan bersekutu ini kesannya sangat baik dan sangat positif. Terutama kalau kita tengok di negara-negara maju yang lain US kah, Australia kah, mana-mana misalnya pakar pemakanan mereka. Mereka letak satu title yang diletakkan di depan namanya RD atau Registered Dietitian (RD).

Pentingnya benda-benda ini kerana penyakit-penyakit tidak semuanya bersifat pengubatan tetapi banyak juga penyakit yang bersifat preventif. Umpamanya penyakit-penyakit yang tidak berjangkit seperti mana darah tinggi, kencing manis, gout, jantung dan sebagainya.

Penyakit-penyakit ini ia lebih kepada perubahan sikap, pendidikan kesihatan dan sebagainya. Dengan pengiktirafan mereka ini maka pesakit-pesakit mendapat info daripada orang-orang yang diiktiraf dan maklumat-maklumat mereka adalah lebih tepat dan betul.

Jadi kalau kita mengadakan ini dan kita memperkuatkan profesion-profesion ini ia membantu kesihatan pengubatan kerana mereka akan terlibat lebih awal dari segi screening dan juga pencegahan-pencegahan dalam bentuk sikap dan sebagainya.

Rakyat juga telah kita – dengan sendirinya kita cuba mendidik rakyat untuk mengenali bidang-bidang profesion yang terbabit tadi. Mereka tidak mengambil nasihat daripada orang-orang yang tidak berautoriti. Dengan itu nasihat-nasihat ini, informasi ini lebih confident diterima oleh masyarakat.

Kedua, dengan adanya Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu ini juga kebajikan ahli-ahli lebih teliti dari sudut pengajian mereka dan juga kebajikan-kebajikan yang lain.

Begitu juga ia menjadi perlindungan komuniti pengguna kerana mereka mendapat perawatan informasi daripada mereka yang bertauliah. Itu dari sudut positif yang kita rasa benda ini perlu disegerakan. Namun demikian, ada beberapa isu yang perlu dilihat di dalam perkara ini seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Temerloh sedikit, masalah standard antara graduan IPTS, IPT di luar negara, isu kebajikan perlu dilihat dan isu peluang pekerjaan.

Kalau kita tengok dalam profesion yang lain seperti staff nurse, farmasi dan sebagainya, kita melihat mereka telah lebih graduasi, orangnya telah lebih tetapi masih lagi diproduce dengan jumlah yang banyak. Ini juga perlu diteliti, mengenai keperluan-keperluan dalam setahun yang kita perlu.

Kemudian dari sudut penguatkuasaan. Kalau kita tengok dari segi sekarang masalah-masalah pertembungan antara perubatan tradisional dan perubatan moden, pun masih lagi tidak boleh diselesaikan.

Sekiranya penguatkuasaan dibuat tanpa mengambil kira pertembungan antara perubahan, ini pun satu masalah juga kerana di bidang perubatan tradisional, kadang-kadang ini disalahgunakan, ubat-ubatannya tidak dihasilkan dengan standard yang baik dari sudut kandungan dan cara penyediaan. Ini juga satu perkara yang perlu diteliti. Saya rasa itu sahaja pandangan saya, terima kasih. – HARAKAHDAILY 21/10/2015

Petikan daripada perbahasan Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin di Dewan Rakyat pada 20 Oktober 2015

Share on Myspace