Kamu tidak jujur dengan dirimu

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

Wahai anakku,

Bilamana kamu mula berkawan dengan seseorang, engkau akan memuji kebaikan yang kamu ketahui. Namun bilamana kamu berada lama bersamanya, engkau akan tahu pula kelemahan dan keburukannya.

Bilamana kamu bermasalah dengannya, kamu akan hanya menceritakan keburukannya, kamu menyembunyikan kebaikannya. Sebenarnya kamu tidak jujur dengan dirimu dan syaitan berjaya menjarakkan kamu dengannya.

Wahai anakku,

Alangkah baiknya kalau kamu menceritakan kebaikannya walau kamu tidak menyukainya agar Allah lembutkan semua hatimu dengannya lalu ukuhwah akan terjalin semula.

Wahai anakku,

Sedarilah bahawa rahmat Allah sentiasa mengatasi kemurkaanNya.

Share on Myspace