Kemenangan daripada Allah

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM | .

 

Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ali Imran ayat 160:

إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذِي يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri..."

Wahai sekalian pejuang agama Allah...

Kita mesti memiliki satu sifat yang tiada pada lawan, "Kebergantungan kepada Allah".

Sebelum kita menang Selangor dan negeri-negeri lain, yakni sebelum 2008, kita pun tak pasti pada kemampuan kemenangan kita, lalu kita tatkala itu memang meletakkan pengharapan tinggi pada Allah.

Walaupun di atas kertas, analisa dan lain-lain kita tiada keupayaan untuk menang. Maka Allah berikan kemenangan.

Rupa-rupanya harus kita sedari, adalah kemenangan itu pada kala kita yakin dan bergantung kepada Allah, tetapi apabila kita tiada sifat ini, maka tiadalah kemenangan.

Marilah kita memiliki sifat keyakinan ini dan jangan dihilangkan kekuatan ini daripada jiwa dan aqidah kita. - HARAKAHDAILY 31/10/2015

Penulis ialah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor.

Share on Myspace