TPPA: Antara orang kaya dan rakyat terpinggir

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .

Antara kepentingan orang-orang kaya lagi berkuasa dan rakyat miskin dan terpinggir, negara kita terbelah di dalam menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Parti-parti besar dan golongan konglomerat, mereka ini sama ada menyatakan sokongan terbuka atau hanya berdiam diri.

Hanya parti yang miskin yang bersama rakyat jelata menentang TPPA secara terbuka dan konsisten.

Seperti manisnya janji kerajaan di dalam pelaksanaan cukai jahat GST yang dicanang membawa kebaikan untuk rakyat, begitulah manisnya perjanjian TPPA digambarkan.

Nantinya, suatu hari yang dekat, orang-orang berkuasa hari ini akan menjadi dayus manakala para konglomerat asing dan tempatan akan terus bermaharaja lela meratah negara.

Rakyat akan hidup tertekan dan tertindas. Orang Islam dan bumiputera di tempat pertama.

Negara kita ini, perubahan hanya boleh berlaku jika rakyat memiliki kesedaran yang tinggi dan keberanian yang nyata.

PAS anda tahu, sentiasa memberi kesedaran dan sentiasa tidak pernah takut untuk berkeputusan dan bertindak.

PAS bersama anda menentang TPPA walau parti-parti besar lain bertindak untuk menyokong atau diam membisu. - HARAKAHDAILY 23/11/2015

Share on Myspace